Biodata Pato Rodriguez Pemain Baru JDT

Biodata Pato Rodriguez Pemain Baru JDT. Khabar angin yang mengaitkan penghijrahan Jorge Pereyra Diaz ke kelab lain akhirnya terjawab hari ini melalui status TMJ di FB Johor Southern Tigers.  Oleh itu, SAH pemain import JDT, Jorge Peyrera Diaz bakal meninggalkan JDT untuk menyertai sebuah pasukan di Brazil.

Beliau bakal digantikan dengan pemain import pinjaman baru berprofil tinggi yang dikenali sebagai Pato Rodriguez atau Patito Rodriguez, pemain berusia 24 tahun dari Argentina. Pemain ini sekarang mewakili kelab Santos, Brazil. Beliau dijangka tiba di Johor 14 Mac ini.
Beliau adalah bekas rakan sepasukan Neymar ketika Neymar bermain bersama Santos suatu ketika dahulu

Berikut adalah biodata dan latar belakang Pato Rodriquez, pemain terbaru JDT untuk musim 2015 ini. 

Nama Penuh :     Patricio Julián Rodríguez
Tarikh Lahir   :     4 Mei 1990 (umur 24 tahun)
Tempat Lahir :     Quilmes, Argentina
Tinggi :    1.72 m (5 ft 7 1⁄2 in)
Posisi :     Attacking midfielder, Forward

Pato Rodriguez JDT

Sejarah Kareer Bolasepak Pato Rodriquez (Sumber : Wikipedia)
Pato Rodríguez memulakan kareer bolasepak professional di Kelab Independiente Argentina, mewakili kelab remaja pada 2000 ketika umur 10 tahun. Pada 10 Februari 2008, beliau membuat penampilan sulung ketika tewas 0-1 kepada kelab  Lanús. Pada 15 Mac 2008, beliau membuat satu bantuan assist gol kepada rakan sepasukan pemain Jerman, Denis untuk gol ketika kemenangan 3-1 terhadap Gimnasia La Plata. Pada 5 April 2008, beliau telah diberikan penampilan pertama 1st eleven ketika tewas 1-3 kepada Colón.

Pada 30 Ogos 2009, Rodríguez menjaringkan gol pertama dan kedua beliau semasa menentang Atlético Tucumán.


Pato Rodriquez kemudian berhijrah ke kelab Brazil, Santos pada 20 Julai 2012 dengan kontrak 4 tahun. 

Youth career
2000–2007     Independiente
 

Senior career
Years                  Team                         Apps     (Goals)
2008–2012     Independiente                96     (9)
2012–     Santos                                    28     (2)
2013–2014     → Estudiantes (loan)     27     (2)
2015–     → Johor DT (Pinjaman)         0     (0)

 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now