Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Online. Anda seorang kakitangan kerajaan/ awam dan badan berkanun yang ingin memiliki rumah? Bagi mereka yang berminat dan layak, berikut dikongsikan cara membuat permohonan PPAIM online terkini beserta makluman berkaitan permohonan projek perumahan terkini di bawah ini.

  • Permohonan online PPA1M Putrajaya Fasa 3 akan dibuka bermula pada jam 12.00 tengahari, 01 November 2016 (Selasa) sehingga jam 12.00 tengah malam, 30 November 2016 (Rabu). 
  • Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016

Permohonan PPA1M online

Permohonan PPA1M Online Terkini

PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Adalah dimaklumkan yang projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) telah dibuka untuk permohonan kepada semua penjawat awam di semua perkhidmatan seperti berikut:
  • a. Perkhidmatan Awam Persekutuan 
  • b. Perkhidmatan Awam Negeri
  • c. Badan Berkanun Persekutuan
  • d. Badan Berkanun Negeri
  • e. Pihak Berkuasa Tempatan

Pada 1 Oktober 2014, Unit PPA1M, JPM ditubuhkan bagi mengambil alih peranan yang dimainkan oleh UKAS, JPM. Penubuhan Unit ini adalah untuk memberi perhatian khusus di dalam merancang, mengawal pelaksanaan program dan memantau projek-projek PPA1M. Dengan kewujudan Unit ini, peranan Agensi Pelaksana diambil alih oleh Unit PPA1M, JPM. Agensi Pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.Syarat kelayakan pendapatan maksima untuk permohonan juga telah dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000 sebulan bagi pendapatan kasar suami,isteri atau isirumah.

Borang Dan Syarat Permohonan PPA1M

Semakan status permohonan PPA1M boleh disemak di Laman Web PPA1M.

Cara Hubungi PPA1M

Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-88805118
Faks:603-88805119
email: support.ppa1m@jpm.gov.my

Makluman Terkini Permohonan PPA1M Online

2 Februari 2016 : Dikongsikan dari FB Dr Ali Hamsa, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pembelian unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Diamond Residence@Rantau yang melibatkan 22 unit rumah berkembar setingkat telah dibuka mulai 30 Jan 2016 hingga 20 Feb 2016 kepada anggota perkhidmatan awam di semua perkhidmatan seperti berikut :
  • a. Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • b. Perkhidmatan Awam Negeri
  • c. Badan Berkanun Persekutuan
  • d. Badan Berkanun Negeri
  • e. Pihak Berkuasa Tempatan
PPA1M Diamond Residence @ Rantau mempunyai keluasan binaan 1 720kps serta mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Terdapat 4 jenis unit yang ditawarkan iaitu :-
  1. TYPE RB-1 (40’ X 80’),
  2. TYPE RB-1A (40’X 80’), 
  3. TYPE RB-2 (40’ X 90’) dan 
  4. TYPE RB-2A (40’ X 90’).
Harga bagi TYPE RB-1A (40’X 80’) bermula dari RM 333,660.00 sehingga RM 366,750.00 mengikut keluasan tanah lot. 
permohonan ppa1m online

Lokasi projek dari kawasan Seremban hanya mengambil masa 10 minit dan berada di kawasan Majlis Perbandaran Nilai. Selain dibekalkan elektrik 3 fasa setiap unit rumah, untuk keselesaan dan keselamatan penduduk, pondok pengawal dan pagar perimeter (Gated and Guarded) juga akan disediakan untuk projek ini.

1 November 2016 : Permohonan PPA1M Putrajaya Fasa 3 kini dibuka bermula dari jam 12.00 tengahari, 01 November 2016 (Selasa) sehingga jam 12.00 tengah malam, 30 November 2016 (Rabu).

Pendaftaran baru PPA1M Putrajaya Fasa 3, di buka selama 30 hari untuk permohonan baru dan boleh didaftarkan melalui laman sesawang www.ppj.gov.my / http://ppa1m.putrajaya.gov.my 

Selamat memohon buat mereka yang layak dalam projek PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

2 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 04 Februari, 2015
wah baguslah bagi mereka-mereka yang berpeluang...