Cara Kira Bonus Tabung Haji

Cara Mengira Bonus Tabung Haji Mudah Dan Pantas. Umum sedia maklum yang bonus Tabung Haji tahun 2014 telah diumumkan pada bulan Januari 2015 lepas dengan kadar bayaran bonus seperti berikut :-

Bonus Tabung Haji

  • 2015 - Rujuk Bonus TH 2015
  • 20146.25 % bonus tahunan dan tambahan bonus haji 2 % = 8.25%
  • 20136.00 % bonus tahunan dan tambahan bonus haji 2 % = 8%

Bagaimana untuk mengira bonus anda? Bagi mereka yang tidak berapa pakar, anda boleh merujuk contoh pengiraan Bonus Tabung Haji seperti langkah di bawah ini.


Cara mengira Bonus Tabung Haji

Pengiraan Bonus TH 2014

a) BONUS TAHUNAN TH (6.25%)

Kiraan: Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2014)/12 bulan x 6.25%

b) BONUS HAJI TH 

(2% - Terhad kepada akaun pendeposit yang belum menunaikan haji dan terhad kepada bayaran Haji RM9,980)

Kiraan :

  • 1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980) -> (Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2014)/12 bulan) x 2.0%
  • 2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran Haji (RM,9980) -> RM9,980 x 2.0%

*Bonus Haji – Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

 
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-6207 1919
 

0 comment... add one now