Fenomena Ekuinoks Cuaca Panas Landa Malaysia Hingga April 2015

Fenomena Ekuinoks Cuaca Panas Landa Malaysia Hingga April 2015. Pemanasan global atau fenomena ekuinoks yang melanda Malaysia kini dijangka akan berlarutan sehingga April depan seperti dinyatakan oleh Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim.
Fenomena Ekuinoks tidak akan membawa kepada perubahan cuaca melampau, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail. Beliau berkata situasi itu hanya akan menjurus kepada peningkatan suhu antara satu atau dua darjah Celcius.

"Ini masih dikira normal dan tidak akan memberi kesan besar secara keseluruhan," Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung. F
enomena Ekuinoks juga akan menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal.

Fenomena Ekuinoks Cuaca Panas
Penipisan lapisan ozon kini, maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
“Pada masa ekuinoks ini sebenarnya, matahari  akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.


“Jadi apa yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34 minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16 hingga ke 34 minit.

"Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini, belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun tidak.

"Kita harap janganlah begitu tetapi sebenarnya temperature akan naik sedikit daripada waktu waktu normal,"



Ekoran cuaca panas juga, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada didedahkan kepada cahaya matahari ketika fenomena ini berlaku dan digalakkan untuk meminum lebih banyak air kosong - Astro Awani

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now