Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016

Tarikh Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016. Sekali lagi JOHOR akan menjadi perhatian pelancong apabila Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016  akan berlangsung di Bukit Layang-Layang, Taman Bandar dan Padang Perbandaran, Pasir Gudang bermula dari 24 Februari hingga 28 Februari 2016. Pada tahun ini, majlis perasmian Festival popular dan best ini akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Februari 2016 bermula jam 800 malam. Anda boleh merujuk aturcara Festival di bawah ini.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016

  • Tarikh : 24 hingga 28 Februari 2016 
  • Tarikh Perasmian : 26 Februari 2016 jam 830 malam
  • Lokasi : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang
  • Tema : Terokai Dan Warnai Tradisi
  
Seramai 1,000 peserta luar dan dalam negara dari 42 buah negara termasuk penyertaan dari China, Indonesia, Jepun, Jerman dan Australia akan menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-21. Festival yang disenaraikan dalam kalendar pelancongan Negeri Johor 2016 mensasarkan kedatangan pengunjung seramai 200,000 dari dalam dan luar negara.
tarikh dan lokasi Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016

MAKLUMAT PENTING FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2016

Sila klik untuk mendaptkan maklumat lanjut berkenaan acara menarik ini :-
  1. FLYERS FESTIVAL LAYANG-LAYANG
  2. ATURCARA

Festival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia. Ia dijangka dicatat dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbanyak negara antarabangsa. 
Festival Layang-Layang Pasir Gudang 2016

Bertemakan 'Terokai dan Warnai Tradisi', festival ini dijangka menarik 200,000 pengunjung dan majlis perasmian festival itu akan diadakan pada sebelah malam, 26 Februari 2016 di Bukit Layang-Layang dengan pelbagai acara menarik disediakan kepada pengunjung termasuk persembahan layang-layang, persembahan tatu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta pertunjukan bunga api.
  
Program lain yang berlangsung sepanjang festival itu termasuk pertandingan membuat wau tradisional, pameran dan bengkel layang-layang.



Selamat berkunjung ke Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016.


2 comments.. read them below or add one

myza myza 16 Februari, 2016
Klu nk niaga nk dftr at mn?