Gambar Teksi Terselamat Selepas Dilibas Pesawat TransAsia Di Taiwan

Gambar Pemandu Teksi Terselamat Selepas Dilibas Pesawat TransAsia Di Taiwan. Pesawat TransAsia ATR 72-600 yang membawa 53 penumpang dan lima anak kapal telah terhempas tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang di utara Songshan, Taipei pagi semalam.

Pesawat  yang dilaporkan menghadapi masalah enjin itu miring ke kiri di mana sayapnya bergeser dengan sebuah teksi dan melanggar jambatan sebelum terjunam ke Sungai Keelung.

Juruterbang pesawat itu menerima pujian pakar penerbangan kerana berjaya mengemudi pesawat jauh dari kawasan penempatan penduduk dan bangunan tinggi untuk mengelak berlaku bencana lebih besar.

Menerusi sebuah rakaman video, pesawat berkenaan dilihat melanggar teksi tersebut sebelum terhempas ke dalam sungai.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan kerosakan pada teksi tersebut telah dimuatnaik ke laman mikro Twitter.

Dilibas Pesawat TransAsia Di Taiwan
Pesawat TransAsia ATR 72-600 berkenaan dalam penerbangan domestik dari lapangan terbang Songshan, ke Pulau Kinmen sebelum ia melanggar jambatan dan terjunam ke dalam sungai - SH & Astro Awani

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now