Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Mac 2016

Harga Petrol Dan Diesel Terkini Bermula 1 Mac 2016. Harga minyak turun atau naik bulan Mac 2016 nanti? Berikut adalah harga terkini minyak petrol RON 95 dan RON 97 dan Diesel untuk bulan Mac 2016 yang akan diumumkan pada hari terakhir bulan Februari iaitu pada hari Isnin, 29 Februari 2016.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan. 

  • Sila klik KPDNKK untuk harga terkini petrol & diesel yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Harga minyak petrol dan diesel sebelum ini iaitu bulan Januari 2016 sila klik Harga Minyak 1 Januari 2016
harga terkini minyak petrol dan diesel mac 2016

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 1 Mac 2016

* Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Selasa, 1 Mac 2016, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Mac 2016 adalah seperti berikut:
  • RON95 : * RM1.60 turun 15 sen (RM1.75 seliter)
  • RON97 : * RM1.95 turun 10 sen (RM2.05 seliter)
  • DIESEL : * RM1.35 kekal (RM1.35 seliter)
* Harga bulan lepas Februari 2016 dalam kurungan

Harga Bulanan Rasmi Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Di Malaysia


BulanHarga Petrol RON95 (RM/liter)Harga Petrol RON97 (RM/liter)Harga Diesel (RM/liter)
Mac 2016* 1.60* 1.95 termasuk 6% GST* 1.35
Februari 2016* 1.75* 2.05 termasuk 6% GST* 1.35
Januari 2016* 1.85* 2.25 termasuk 6% GST* 1.6
Disember 2015* 1.95* 2.45 termasuk 6% GST* 1.9
Nov-152.052.45 termasuk 6% GST1.9
Oktober 20152.052.45 termasuk 6% GST1.9
Sep-151.952.35 termasuk 6% GST1.8
Ogos 20152.052.45 termasuk 6% GST1.95
Julai 20152.152.55 termasuk 6% GST2.05
Jun-152.052.35 termasuk 6% GST2.05
Mei 20151.952.25 termasuk 6% GST1.95
Apr-151.952.25 termasuk 6% GST1.95
Mac 20151.952.251.95
Februari 20151.721.7
Januari 20151.912.111.93
Disember 20142.262.462.23

Pelaksanaan Sistem Apungan Terurus Subsidi Bahan Api

Untuk makluman, senarai harga runcit rasmi yang diumumkan setiap hujung bulan ini adalah hasil daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu yang antara lain memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.

Semoga Harga Terkini Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel bulan Mac 2016 ini akan berada di paras harga yang berpatutan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

1 comment... add one now

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN 27 Februari, 2015
Ohh ada ura-ura perubahan harga minyak dan petrol terkini ye untuk bulan MAc 2015?

Kena tunggu pengumuman rasmi ni ..

Jom Aktifkan MyKad