Honda HR-V Harga Dan Spesifikasi

Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSD) bakal memperjuangkan satu lagi segmen terbarunya terbaru menerusi kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V. Kenderaan yang dijangka dilancarkan secara rasminya pada Khamis ini, pasti ditunggu-tunggu selepas ia dihebohkan di laman sosial baru-baru ini.

Honda HR-V 2015 Harga Dan Spesifikasi 

Ternyata inisiatif yang dilakukan untuk membawa segmen SUV kompak boleh dianggap tepat dan selari dengan permintaan semakin positif dalam segmen berkenaan. Bagi negara Jepun, Honda HR-V dikenali sebagai Vezel yang mula diperkenalkan pada Pameran Motor Tokyo 2013 sebelum memasuki pasaran Asean menerusi Thailand dan seterusnya Malaysia.
Honda HR-V 2015 malaysia

SPESIFIKASI HONDA HR-V

Secara asasnya, Honda HR-V dibangunkan sebagai SUV yang memiliki perwatakan kenderaan coupe dengan ciri kemudahan seperti van mini. Model yang berkongsi platform Honda City dan Jazz itu hadir dengan panjang 4.294 meter (m), lebar (1.772 m) dan ketinggian (1.605 m).

Beratnya pula antara 1,239 sehingga 1,249 kilogram, bergantung kepada varian ditawar membabitkan S,E dan V untuk pasaran Malaysia. Adik kepada Honda CR-V itu boleh dikatakan mempunyai perwatakan hampir sama, cuma bentuknya sedikit kecil dan dijanakan pacuan roda depan.

Jika dilihat bahagian luarannya, ia tampak lebar dan sedikit rendah dengan garisan tepi badan yang menarik serta maskulin. Secara jujurnya, penulis berpuas hati dengan rekaan moden yang dibangunkan oleh jurutera Honda untuk memenuhi kehendak pengguna global.

Ruang dalaman segmen terbaru daripada Honda itu ternyata unik dengan ciri kemudahan sebuah kenderaan van mini yang diserapkan masuk ke dalam jentera berkenaan.
Konsul tengahnya yang direka bersambung seolah-olah nampak terbahagi kepada dua bahagian bagi pemandu dan penumpang depan.

Di situ, terletaknya ciri teknologi pertama kenderaan keluaran Honda membabitkan butang Brek Parkir Elektrik dan 'Auto Brake Hold', selain mempunyai ruang penyimpan minuman yang boleh dilaras kedalamannya. Bahagian bawah konsul tengah itu juga mempunyai ruang simpanan 'rahsia' terselindung bagi meletakkan barangan berharga yang turut mempunyai sambungan USB dan HDMI.

Jarak rodanya pula mencecah sehingga 2.610 m memberi keluasan maksimum, selain dilengkapi kerusi berciri 'Ultra Seats' seperti Honda Jazz dan boleh diubah kepada tiga konfigurasi. Malah, ruang kelegaan kaki penumpang dan depan tidak lagi memberi masalah kepada Honda HR-V kerana ia menawarkan keluasan optimum.

ANGGARAN HARGA HONDA HR-V

Memandangkan harga Honda HR-V itu dikatakan antara RM100,000 sehingga RM120,000, pasti ia turut dilengkapi sentuhan premium membabitkan penggunaan papan pemuka material berkualiti dan lembut.

HARGA RASMI HONDA HR-V DI MALAYSIA

Boleh di dapati dalam tiga varian – RM99,800 Grade S, RM108,800 Grade E and RM118,800 Grade V. Semua harga telah termasuk insurans (OTR) dan juga 5 tahun unlimited-mileage warranty serta 6 kali servis percuma sehingga 100,000 km

Biarpun ia berkongsi platform dengan Honda Jazz dan City, rangkaian kuasanya berbeza selepas menggunakan enjin 1.8 liter i-VTEC SOHC yang hampir sama Honda Civic 1.8 liter.

Kuasa itu disalurkan kepada kotak gear Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) teknologi terbaru Honda Earth Dreams. Namun, spesifikasi lengkap berhubung kuasa dan tork maksimum bagi Honda HR-V untuk pasaran Malaysia masih lagi 'rahsia' sehingga pelancaran pada Khamis ini.

Kesimpulannya, Honda HR-V yang bakal dilancarkan itu akan memberi fenomena baru dalam segmen SUV di Malaysia yang lengkap pelbagai pakej menarik.
Bagi pasaran Malaysia, ia akan hadir dengan beberapa ciri menarik seperti lampu siang LED yang turut dilengkapi rim bersaiz 16 inci bagi semua variannya.
Tidak ketinggalan juga ciri keselamatannya yang dilengkapi enam beg udara, Isofix, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki dan Lampu Amaran Kecemasan - *myMetro#

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 04 Februari, 2015
Terbaik dan berbaloi dimiliki..