Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir

Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir. Final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016 akan sampai ke penghujungnya pada minggu keempat belas, Jumaat 29 APril 2016 di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.  Senarai 4 finalis iaitu Kumpulan Bocey, LOL, Puteh dan Joras akan beraksi untuk merebut mahkota juara di pentas akhir MLM 2016. Siapakah yang bakal menjadi pemenang Final MLM 2016 kali ini? Untuk info, Jozan memenanginya buat kali pertama dan kemudiannya Kumpulan Sepahtu pada tahun 2013 dan Kumpulan Zero pada tahun 2014.

Juara Maharaja Lawak Mega 2016 Final

Maharaja Lawak Mega 2016 kali ini menyaksikan penyertaan 15 peserta iaitu 13 kumpulan dan 2 peserta solo tanpa pelawak popular seperti Sepahtu, Jozan dan Nabil. Jangkaan juara MLM kali ini adalah Kumpulan Bocey, LOL dan Joras.

Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir

Berikut adalah keputusan pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM) Akhir yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Program MLM 2016 telah bersiaran secara langsung bermula 29 Januari 2016, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) serta Astro on-the-go (Warna).

Hadiah Dan Senarai Pemenang

  1. Juara : wang tunai RM500,000 beserta trofi : Kumpulan Bocey
  2. Naib juara (Kedua) : RM250,000 & Trofi - Kumpulan Joras
  3. Ketiga : RM150,000 & Trofi - Kumpulan Puteh
  4. Keempat : RM50,000 & Trofi - Kumpulan LOL
  5. Sinar FM Man Of The Match : Achey Bocey

Tahniah kepada juara dan pemenang Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir.

0 comment... add one now