Kadar Dividen Dan Bonus LTAT 2014 Paling Tinggi Dalam Sejarah

Kadar Dividen Dan Bonus LTAT 2014 Paling Tinggi Dalam Sejarah. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membuat pembayaran dividen dan bonus sebanyak 15 peratus yang berjumlah RM835.1 Juta bagi tahun kewangan 2014, jumlah tertinggi dibayar sejak LTAT ditubuhkan 42 tahun lalu.

Pengumuman kadar dividen dan bonus LTAT 2014 ini di buat oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding RM818.3 juta pada tahun sebelumnya.

“Jumlah 15 peratus ini merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus (satu peratus) dan bonus khas (tujuh peratus) dalam bentuk unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif,” 

ltat
Purata kadar dividen dan bonus LTAT bagi lima tahun kebelakangan ini adalah 15.2 peratus setahun.

Menurutnya, berdasarkan penyata kewangan yang belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, LTAT mencatat keuntungan sebanyak RM1.014 bilion iaitu peningkatan sebanyak 4.9 peratus berbanding RM967 juta pada tahun sebelumnya.

Hishammuddin berkata, keuntungan melebihi paras RM1 bilion ini adalah kali pertama sejak penubuhan LTAT.

Beliau berkata jumlah aset LTAT sehingga 31 Disember tahun lalu meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada RM9.4 bilion berbanding RM9.2 bilion pada tahun sebelumnya dan jumlah akaun carumannya pula ialah RM8.7 bilion berbanding RM8.3 bilion tahun 2013.

LTAT juga sudah membuat bayaran balik wang caruman berjumlah RM985.8 juta kepada 7,031 pencarum yang tamat perkhidmatan dan RM18.8 juta kepada 2,568 yang layak membeli rumah di bawah Skim Pengeluaran Perumahan LTAT. - BERNAMA

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now