Kadar Dividen KWSP 2017-2018

Kadar Dividen KWSP EPF Tahun 2017-2018. Anda seorang pencarum KWSP atau EPF "Simpanan Hari Tua Anda"? Pastinya anda ingin tahu tarikh pengagihan dividen EPF untuk tahun 2016. Ramai pencarum KWSP mengharapkan kadar dividen yang tinggi tahun 2016 ini sama seperti kadar dividen ASB atau Tabung Haji dengan harapan simpanan atau tabungan masa tua akan bertambah. 

Umum sedia maklum yang keadaan kehidupan dan ekonomi yang sukar masa kini menyebabkan rakyat tidak dapat menabung hasil dari jumlah gaji pendapatan yang diterima.


jumlah Dividen KWSP 2017-2018

Tarikh Dan Jumlah Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2017

Mengikut rekod tahun lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2017 pada bulan Februari 2018. 
  • RASMI : 2017 : Jumlah pengagihan dividen EPF telah diumumkan pada hari Sabtu, 10 Februari 2018
Tahun 2016, pengumuman telah dibuat pada hari Sabtu, 18 Februari 2017. Jika mengikut trend jumlah pengagihan dividen 10 tahun yang lepas, pencarum mengharapkan ianya lebih tinggi dan tidak kurang dari 6%.

  • Kadar dividen KWSP/ EPF 2017-2018 adalah sebanyak 6.9% untuk simpanan konvensional dan 6.4% untuk simpanan Shariah 
  • Tahun 2016 adalah berjumlah 5.7 %

Jumlah Kadar Dividen EPF Dari Tahun 2000 Hingga Kini

Berikut adalah kadar dividen KWSP dari tahun 2000 hingga 2015 sebagai rujukan para pencarum.
 
TAHUNKADAR DIVIDENTAHUNKADAR DIVIDEN
2000620084.5
2001520095.65
20024.2520105.8
20034.520116
20044.7520126.15
2005520136.35
20065.1520146.75
20075.820156.40

Penyata akaun yang dikreditkan dividen, boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my, selain boleh didapati dari kios KWSP atau cawangan KWSP berdekatan selepas tarikh pengumuman dividen dibuat iaitu pada hari Ahad, 11 Februari 2018.

Cara Hubungi KWSP

Maklumat mengenai dividen 2017 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube 'KWSP Malaysia.' Anda juga boleh mengetahui tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home.

Semoga kita semua berharap agar jumlah pengagihan dividen KWSP tahun 2017 ini makin meningkat dari tahun sebelumnya.

0 comment... add one now