Kejutan Baru JDT Patricio Rodriguez Ganti Diaz

Kejutan Baru JDT Pato Rodriguez Ganti DiazBerikut petikan dari status FB Johor Southern Tigers mengenai khabar angin Jorge Pereyra Diaz akan meninggalkan JDT. Dari status ini SAH pemain import JDT, Jorge Peyrera Diaz bakal meninggalkan JDT untuk menyertai sebuah pasukan di Brazil.
Beliau bakal digantikan dengan pemain import pinjaman baru berprofil tinggi, Pato Rodriguez pemain berusia 24 tahun dari Argentina. Pemain ini sekarang mewakili kelab Santos, Brazil. Beliau dijangka tiba di Johor 14 Mac ini.
KEJUTAN BARU BUAT PASUKAN JDT
Saya ingin mengumumkan kepada semua penyokong Johor bahawa Jorge Pereyra Diaz kelak akan menyertai sebuah kelab dari Brazil. Kelab tersebut telah menawarkan utk membeli Diaz dari JDT. Tetapi saya juga ada berita lebih baik untuk dikongsikan bersama penyokong dan saya yakin ia akan memberi impak kepada pasukan kerana kami telah mengikat kontrak seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di sebuah kelab bola sepak Brazil iaitu Santos FC.
Beliau kini berusia 24 tahun. Saya sangat kagum dengan mutu dan corak permainan yang dimilikinya dan telah memerhatikan beliau semenjak tahun 2013 ketika semasa bermain bersama-sama Neymar. Saya juga turut merasa bangga kerana kini beliau akan menjadi aset pasukan JDT meskipun tempoh diberikan hanyalah berdasarkan pinjaman. Kami berharap akan dapat membeli beliau sepenuhnya selepas November 2015 kelak.

Mungkin ada hikmahnya perkara ini dan saya amat berbesar hati serta rasa gembira untuk menerima dia di dalam pasukan JDT. Beliau dijadualkan tiba di Johor pada 14hb March 2015, dan kami akan mengumumkan kepada penyokong JDT kelak. Kami juga akan membuat kejutan apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan April nanti.
Patricio Rodriguez JDT
Ini merupakan salah satu strategi pemasaran JDT dengan mengambil pemain muda bertaraf antarabangsa dan berharap dapat memberi sumbangan kepada kelab JDT dan semoga tawaran untuk pemain itu sendiri akan bertambah apabila berhijrah suatu hari nanti ke pasukan bola sepak tanahair.
Ikuti video yang dilampirkan https://www.youtube.com/watch?v=S_PvLb7lyi0
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Ahmad Rizal Ahmad Rizal 04 Mac, 2015
how dare you stole neymar best friends