Live Streaming Keputusan JDT Vs Bengaluru FC 19 Oktober 2016

Siaran Langsung Keputusan JDT Vs Bengaluru FC 19-10-2016. Aksi kedua perlawanan Separuh Akhir Piala AFC 2016 di antara JDT vs Bengaluru FC akan berlangsung Rabu ini, 19 Oktober 2016. Perlawanan yang dijangka menarik ini akan berlangsung di Sree Kanteerava Stadium, Bangalore bermula jam 930 malam. Siaran langsung perlawanan akan disiarkan di kaca TV anda melalui saluran FOX Sports, HyppTV, Astro Saluran 812 dan 832 HD serta di TV9. JDT baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2016.

Keputusan JDT Vs Bengaluru FC 19 Oktober 2016

Live Streaming Keputusan JDT Vs Bengaluru FC 19 Oktober 2016

Aksi peringkat Separuh Akhir (Semi Final) AFC Cup 2016 bakal menyaksikan 4 pasukan bertarung. Air Force Club (IRAQ) vs Al-Ahed (LUBNAN) dan JDT (MALAYSIA) vs Bengaluru FC (INDIA). JDT adalah juara bertahan dan berikut adalah keputusan perlawanan kedua peringkat Separuh Akhir Piala AFC 2016 :-

18 Oktober 2016 (Selasa)

  • Air Force Club (IRAQ) vs Al-Ahed (Lubnan) : 3 - 2 (1 - 1). Air Force Club Iraq layak ke final AFC Cup 2016

28 September 2016 (Rabu)

  • JDT (MAS) vs Bengaluru FC (INDIA) : 3 - 1 : Sunil Chhetri 40', 67' / Juan Antonio 75 & Safiq Rahim min 11 (1 - 1). Bengaluru FC layak ke final dengan agg 4-2

Untuk makluman, keputusan perlawanan pertama adalah dalam kurungan.

Kesebelasan Pemain

BENGALURU FC: Amrinder Singh, Juan Antonio, John Johnson, Álvaro Rubio, Sunil Chhetri (C), Rino Anto, Eugeneson Lyngdoh, Alwyn George, Nishu Kumar, Cameron Watson, C.K. Vineeth

Pemain Simpanan: Lalthuammawia Ralte, Keegan Pereira, Vishal Kumar, Salam Ranjan Singh, Daniel Lalhlimpuia, Malsawmzuala, Seminlen Doungel

JDT: Izham Tarmizi, Azammuddin Akil, Azrif Nazrulhaq, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Aidil Zafuan, Safiq Rahim (C), Safee Sali, S. Kunanlan, Hariss Harun, Fazly Mazlan

Pemain Simpanan:
Farizal Marlias, Gary Steven Robbat, Shakir Shaari, S. Chanturu, Junior Eldstàl, Fadhli Shas, Azinee Taib


Adalah menjadi harapan agar JDT dapat memenangi perlawanan separuh akhir kedua Piala AFC 2016 di India bagi melayakan diri ke Final Piala AFC 2016. Semoga JDT dapat beraksi dengan cemerlang walaupun tanpa tonggak utama seperti Diaz, Lucero dan Amri.

0 comment... add one now