Keputusan Malaysia B22 Vs Singapura B22 Piala Emas Bangabandhu 2015

Keputusan Malaysia B22 Vs Singapura B22 Piala Emas Bangabandhu 2015. Pasukan bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara menewaskan Singapura 1-0 dalam separuh akhir di Stadium Daerah Sylhet, Bangladesh, malam ini.Gol tunggal S Kumaahran pada minit ke-50 mengesahkan tempat skuad Harimau Muda ke perlawanan akhir Piala Emas Bangabandhu 2015.
Piala Emas Bangabandhu 2015
Skuad bimbingan Razip Ismail bakal berdepan sama ada tuan rumah Bangladesh atau Thailand yang akan bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, esok.

Perlawanan akhir kejohanan itu dijadualkan di Stadium Bangabandhu, Dhaka, Ahad ini.

Skuad B-22 negara muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan tuan rumah Bangladesh 1-0, Khamis lalu sebelum menang 2-0 ke atas Sri Lanka, Sabtu lalu untuk menempah pertemuan dengan naib juara Kumpulan B, Singapura.

Singapura diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand B-22 dan Bahrain B-22.

Negara di seberang tambak itu tewas kepada Thailand 3-2, sebelum seri 0-0 dengan Bahrain B-22. - *BERNAMA#


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now