Keputusan Malaysia Vs Thailand Final Takraw Siri Super Istaf Malaysia 2015

Keputusan Malaysia Vs Thailand Final Takraw Siri Super Istaf Malaysia 2015. Malaysia dan Thailand akan berentap pada perlawanan akhir kategori lelaki Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf Malaysia 2015 di Melaka hari ini.

Malaysia juara Sepak takraw Super Siri Istaf 2015.

Kedua-dua pasukan itu berjaya menewaskan lawan masing-masing pada saingan separuh akhir di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka semalam. Malaysia bermain cemerlang dalam perlawanan separuh akhir dengan menewaskan Korea Selatan dengan mata 2-0 (21-11 dan 21-12). Malaysia beraksi cemerlang terutama Kapten Malaysia, Farhan Adam sebagai feeder dan killer Hanafiah Dollah.

Sementara itu, Thailand menepati ramalan mara ke akhir apabila berjaya menewaskan Singapura dalam satu lagi perlawanan separuh akhir dengan mata 2-0 (21-13 dan 21-13).

Perlawanan akhir Malaysia vs Thailand merupakan perlawanan ulangan bagi bagi kedua-dua pasukan dalam kejohanan itu.
Final Takraw Siri Super Istaf Malaysia 2015

Kedua-dua pasukan itu pernah melakukan perhitungan dalam perlawanan akhir kategori sama di Nay Pyi Taw, Myanmar tahun lepas yang memihak kepada Thailand dalam saingan sengit 2-1 (20-22, 21-18 dan 21-23).

KEPUTUSAN PENUH FINAL SEPAK TAKRAW SIRI SUPER ISTAF MALAYSIA 2015

MALAYSIA  21  21
THAILAND   7   19

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Bintang Sukan Bintang Sukan 08 Februari, 2015
Tahniah Malaysia terutama Tekong Syahir Rosdi yang bermain dengan cemerlang dan konsisten