Keputusan Pemenang Anugerah Grammy Ke 57 Tahun 2015

Keputusan Pemenang Anugerah Grammy Ke 57 Tahun 2015. Bintang muda baharu, Sam Smith muncul sebagai pemenang terbanyak apabila memenangi empat trofi daripada enam pencalonan pada Anugerah Grammy ke-57 tahun 2015 yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu (waktu tempatan).

Penyanyi dan komposer muda berusia 22 tahun itu menerima pengiktirafan menerusi kategori Artis Baru Terbaik serta Rekod dan Lagu Terbaik bagi lagu popularnya, Stay With Me.
 

Bukan itu sahaja, Smith turut memenangi Album Pop Vokal Terbaik bagi album studio pertamanya, In The Lonely Hour dengan menewaskan lima calon lain iaitu Coldplay, Miley Cyrus, Ariana Grande, Katy Perry dan Ed Sheeran.

Namun, album itu gagal diiktiraf sebagai Album Terbaik yang menyaksikan kejutan apabila kemenangan berpihak kepada Beck yang memenanginya menerusi album Morning Phase.
Anugerah Grammy tahun ini berlangsung di Staples Centre, Los Angeles.

result Anugerah Grammy Ke 57 Tahun 2015
Berikut ialah senarai pemenang dalam kategori utama:


Rakaman Terbaik: Sam Smith – “Stay With Me"

Lagu Terbaik: Sam Smith – “Stay With Me"

Album Terbaik: Beck "Morning Phase"

Album Country Terbaik: Miranda Lambert 'Platinum'

Artis Baharu Terbaik: Sam Smith

Persembahan R&B Terbaik: Beyonce, "Drunk in Love"

Lagu R&B Terbaik: Beyonce, "Drunk in Love"

Persembahan Pop Solo Terbaik: Pharrell Williams, "Happy"

Vokal Pop Terbaik Dalam Album: Sam Smith, "In the Lonely Hour"

Album Rock Terbaik: Beck, "Morning Phase"

Album Rap Terbaik: Eminem, "The Marshall Mathers LP 2"

Album Kontemporari Urban Terbaik: Pharrell Williams, "Girl"

AlbumDance/Electronic Terbaik: Aphex Twin, "Syro"

Album Alternatif Terbaik:  St. Vincent, "St. Vincent"

Video Muzik Terbaik : Pharrell Williams ‘Happy’

Kompilasi Soundtrack Terbaik: Frozen

Persembahan Duet Terbaik: A Great Big World &  Christina Aguilera ‘Say Something’


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now