Keputusan Rayuan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim 10 Feb 2015

Keputusan Rayuan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim 10 Feb 2015 | Keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, akan diketahui Selasa ini, 10 Feb 2015. Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

SENARAI PANEL HAKIM DAN PEGUAM BELA KES LIWAT KEDUA ANWAR IBRAHIM DI SINI



Sebelum ini pada 7 Mac, 2014, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful, enam tahun lepas.
Keputusan Rayuan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim 10 Feb 2015

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mula bersidang jam 10 pagi tadi.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel itu mula membacakan penghakiman.

Anggota lain panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.


Terkini  10 Feb 2015: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi Mahkamah Rayuan berikutan sabitan kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibuat panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria apabila mahkamah kembali bersidang sejurus rehat selepas menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan hukuman itu.

Anggota lain panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Berikutan keputusan itu, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000 - BH online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now