Kerja Kursus PSV Pendidikan Seni Visual SPM 2016

Kerja Kursus PSV Pendidikan Seni Visual SPM 2016. Berikut adalah arahan kepada calon SPM 2016 yang mengambil subjek PSV atau Pendidikan Seni Visual, Kajian Rekaan Seni Visual Kerja Kursus Kertas 3 seperti dkongsikan dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sebanyak 9 tugasan telah diberikan dalam kerja kursus ini dan pelajar diwajibkan untuk melaksanakan satu tugasan sahaja.

Panduan Membuat Kerja Kursus PSV SPM 2016

Berikut dikongsikan panduan dan arahan kepada calon peperiksaan dalam menyediakan kerja kursus PSV 2016.
  • 1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
  • 2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2016.
  • 3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
  • 4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. 
  • 5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
  • 6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
  • 7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
  • 8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
  • 9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
  • 10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
  • 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
  • menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
  • 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
  • 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
  • masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
  • 14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas
panduan Kerja Kursus PSV 2016

Senarai Tajuk Tugasan PSV 2016

Berikut dikongsikan maklumat mengenai kerja kursus PSV 2016 yang mengandungi tajuk, bidang dan produk tugasan. Pelajar boleh memilih satu shaja daripada 9 tugasan yang diberikan.
TUGASANBIDANGTAJUKPRODUK
1KOMUNIKASI VISUALREKA BENTUK GRAFIKPEMBUNGKUSAN COKLAT
2REKA BENTUKHIASAN DALAMANMODEL BILIK PENGINAPAN HOTEL BERTEMA
3KOMUNIKASI VISUALREKA BENTUK GRAFIKREKA BENTUK KORPORAT DAN PENGIKLANAN
4KRAF TRADISIONALUKIRAN KAYUPENYANGKUT BAJU
5SENI HALUSARCAARCA
6KRAF TRADISIONALTEMBIKARPASU
7REKA BENTUKREKA BENTUK INDUSTRIPENYEDUT HAMPAGAS DWIFUNGSI
8KOMUNIKASI VISUALILUSTRASIDUIT KERTAS MALAYSIA EDISI PERINGATAN
9SENI HALUSCETAKANCETAKAN TIMBULAN


Untuk informasi lanjut mengenai tajuk tugasan, panduan cara membuatnya dan sebagainya, pelajar boleh memuat turun arahan calon daripada LPM di Tugasan 2622

Kepada pelajar SPM tahun 2016 yang mengambil subjek PSV ini, semoga anda menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang.
 

6 comments.. read them below or add one

Nur Syafika Karmilah Binti Karim Nur Syafika Karmilah Binti Karim 16 Mac, 2016
maklumat pembungkusan ni macam mane?
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 April, 2016
apa maksud lakaran reka bentuk logo atau identiti syarikat tu? tak fham la
joshie joshie 07 Jun, 2016
boleh terangkan soalan 3? cikgu saya langsung tidak bincang!
Safarin Isa Safarin Isa 18 Jun, 2016
Siapa2 ada skema pemarkahannya x? Kalau ada boleh tlg email kat sy? skuzskuz00@gmail.com

Tq