Kesalahan Menghisap Rokok Semasa Memandu

Kesalahan Menghisap Rokok Semasa Memandu. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti dipetik dari BERNAMA memaklumkan yang JPJ tidak mengeluarkan saman ke atas pemandu kenderaan persendirian yang merokok ketika memandu, tetapi saman boleh dikenakan terhadap pemandu kenderaan awam dan pelancongan yang melakukan perbuatan itu.

Beberapa blog dan pengguna media sosial sebelum ini mendakwa JPJ mengeluarkan saman ke atas seorang pemandu kereta dengan catatan kesalahan 'Menghisap rokok semasa memandu' bertarikh 27 Januari 2015.

Sebagai melahirkan rasa tidak puas hati, beberapa pengguna media sosial telah memaparkan gambar pegawai penguat kuasa JPJ merokok ketika memandu kenderaan agensi berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam JPJ, Mohamad Sazali Baharudin, berkata JPJ hanya mempunyai kuasa mengeluarkan saman ke atas pemandu yang merokok ketika memandu kenderaan awam dan kenderaan pelancongan seperti yang terdapat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Katanya, JPJ tidak pernah mengeluarkan sebarang saman ke atas kesalahan merokok ketika memandu kenderaan persendirian dan saman yang menjadi viral dalam media sosial tersebut mungkin dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa lain.


hisap Rokok Semasa Memandu
"Kita telah melakukan semakan ke atas saman yang disiarkan dalam laman sosial dan mendapati bahawa anggota penguat kuasa JPJ tidak pernah mengeluarkan saman itu seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggung jawab," katanya ketika dihubungi hari ini, 26-2-2015.

Mohamad Sazali, berkata setiap kesalahan merokok di dalam kenderaan awam boleh dikompaun tidak melebihi RM5,000, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now