Komen Jep Sepahtu Mengenai Kumpulan Zero MLM 2014

Komen Jep Sepahtu Mengenai Kumpulan Zero MLM 2014. Kemenangan Kumpulan Zero sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pasti mengundang kontroversi pelbagai pihak. Kejayaan Zero sekaligus mengenepikan peserta favourite iaitu kumpulan Sepahtu.

Ahli kumpulan Sepahtu, Jep dan Shuib telah memberi sedikit komen mengenai hubungan mereka dengan kumpulan yang berasal dari Sabah itu.

“Sebelum ini pun mereka ada berjumpa saya dan bercerita mengenai hasrat mereka sekiranya dinobatkan sebagai juara. Bagi saya, kemenangan mereka adalah sesuatu yang tepat kerana ia adalah di saat mereka sangat memerlukan wang kemenangan tersebut.

“Apapun, mereka memang layak bergelar juara kerana mampu memberikan persembahan terbaik setiap minggu, kata Jep Sepahtu.

sepahtu mlm 2014
Berikut komen Sepahtu mengenai kemenangan Zero di MLM 2014

Alhamdulillah...Syukur...Alhamdulillah.
Jutaan terima kasih pd yg tidak henti henti dan terus menyokong Sepahtu sepanjang kami berada di MaharajalawakMega 2014.Jatuh,bangun kami anda sentiasa dibelakang kami...ANDA SEMUA LUARBIASA...!!!Hanya Allah yg dpt membalasnya.....Kump Zero,anda Sememangnya layak menyandang Juara...Perjuangan yg disusuli Motivasi yg sgt Murni....kemenangan yg sgt Indah. TAHNIAH ZERO


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now