Kontroversi Gambar Anjing Di Piala Sumbangsih 2015

Kontroversi Gambar Anjing Di Piala Sumbangsih 2015. Misi membalas dendam terlaksana, malam ini apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Pahang 2-0 untuk muncul juara perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah. Namun kemenangan JDT ini dicemari dengan tindakan penyokong yang merentang banner besar gambar anjing mendukung anjing kecil dan berkot logo FAM (Tifo lukisan anjing).

Dua gol pada setiap babak permainan oleh pemain import, Marcos Antonio pada minit ke-37 dan Luciano Figueroa, minit ke-58 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin mengesahkan gelaran buat tuan rumah.



Kemenangan ini juga memberi JDT tiga mata dalam perkiraan Liga Super manakala Pahang jelas gagal menjelmakan perwatakan lama apabila mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas lawan.


Berikut kenyataan yang dipetik dari FB Johor Southern Tigers
BANTERAS PROVOKASI DAN BUDAYA HOOLIGAN
Tindakan sesetengah penyokong yang dengan sengaja mempamerkan poster negatif terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dipandang serius oleh pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dimana 12 individu telah dikenal pasti bertanggungjawab dan berjaya ditahan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mereka akan direman selama 5 hari untuk siasatan selanjutnya dan sekiranya didapati bersalah, individu-individu tersebut akan dilarang untuk memasuki stadium di seluruh negeri Johor seumur hidup.
Tidak kira apa jua bentuk tindakan provokasi yang dianggap keterlaluan, polisi PBNJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan provokasi. Kami sentiasa menyeru agar para penyokong Johor Darul Ta'zim menjaga nama baik organisasi dan mematuhi nasihat yang telah pun disampaikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor agar penyokong JDT menjadi penyokong yang profesional.

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Kontroversi Gambar Anjing Di Piala Sumbangsih 2015

0 comment... add one now