Syarat-Syarat Pendaftaran Haji Permohonan Warga Malaysia

Syarat-Syarat Pendaftaran Haji Permohonan Warga Malaysia. Dikongsikan dari FB Tabung Haji, berikut adalah syarat-syarat pendaftaran haji bagi permohonan warga Malaysia.
  1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
  2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
  3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.
  4. Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun. 
Untuk maklumat lanjut : sila klik http://www.tabunghaji.gov.my/dalam-negara 
Syarat-Syarat daftar haji

Dikongsikan juga dari Laman FB Tabung Haji, cara-cara dan proses mudah untuk langkah awal mengerjakan Haji.

Langkah Awal Yang Mudah Untuk Mengerjakan Haji

1) Langkah Pertama - Buka akaun simpanan TH

  • 1) Buka akaun simpanan di Tabung Haji. Simpanan minimum dengan jumlah serendah RM2.00
  • 2) Apabila simpanan anda mencukupi RM1,300 anda boleh mendaftar haji

Langkah Kedua - Daftar Haji
  • 1) Pendaftaran Haji boleh dilakukan melalui saluran berikut :-
  • a) Kaunter Tabung Haji
  • b) Kaunter Bank Islam atau Bank Rakyat
  • c) Mesin ATM / CDM Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam
  • d) Secara online di myTAHA & Maybank 2u

2) Untuk pendaftaran di Kaunter TH dan Bank sila bawa bersama penyata KWSP, Kad Pengenalan dan buku simpanan TH

3) Daftar haji melalui KWSP - Baki minimum simpanan di akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-6207 1919
Daftar Haji
Semoga panduan Syarat-Syarat Pendaftaran Haji Permohonan Warga Malaysia ini bermanfaat buat semua.


0 comment... add one now