Lima Iklan Terbaik Tahun Baru Cina 2015

Lima Iklan Terbaik Tahun Baru Cina CNY 2015. Sambutan perayaan pastinya tidak akan lengkap tanpa menonton iklan-iklan yang sarat dengan pelbagai mesej di kaca televisyen anda ataupun menerusi YouTube di peranti mudah alih anda.
Dengan pelbagai tema dan jalan cerita, syarikat-syarikat gergasi korporat tempatan menampilkan iklan-iklan yang begitu menarik sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun 2015 ini. Ada yang lucu, ada yang menyayat hati dan ada juga mempunyai mesej yang penting ingin disampaikan.



Berikut dikongsikan 5 iklan terbaik Tahun Baru Cina 2015 yang dipetik dari Astro Awani :- * klik tajuk iklan untuk menonton
Lima Iklan Terbaik Tahun Baru Cina 2015

Nombor 5: Iklan Petronas ‘#ComingHome’
Petronas menayang semula iklannya yang pernah disiarkan pada tahun 2012 yang bertajuk #ComingHome.

Menurut jurucakapnya Norliza Kamaruddin, ia merupakan versi lengkap iklan tersebut bagi mengingatkan masyarakat mengenai erti menghargai dan menjadi rakyat Malaysia.


Nombor 4: Iklan RED ONE Network ‘Chinese New Year 2015’
Iklan tersebut pendek namun memberi impak yang sangat mendalam. Ia mengisahkan tentang pengertian sambutan Tahun Baru Cina buat seorang ibu.


Nombor 3: Tenaga Nasional Berhad ‘Share The Lights’
Iklan TNB membawa peringatan mengenai asas hidup berharmoni dalam sketsa lucu tentang hidup berjiran.

 
Nombor 2: Malaysian Airlines ‘Blessings, A Malaysian story - #keepflying’
MAS menyiarkan filem pendek yang berdurasi 12-minit sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini dalam mengisahkan tentang hadiah paling bermakna dalam kehidupan adalah kasih sayang dan penghargaan. Menggunakan hashtag #keepflying, ianya mula menjadi viral tidak lama selepas syarikat penerbangan tersebut memuat naik iklan tersebut di laman YouTube.


Nombor 1: Maxis #ThisIsMyName
Jika anda tidak menangis menonton video MAS di atas. Mungkin anda akan menitiskan air mata untuk iklan dari Maxis tahun ini. Ia menceritakan mengenai seorang budak lelaki  yang keliru dan sedang memahami tentang pengertian namanya.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now