Kerja Kursus Pengajian Keusahawanan Kertas 3 SPM 2016

Soalan Kerja Kursus Pengajian Keusahawanan Kertas 3 SPM 2016. Berikut adalah panduan dan arahan tugasan yang perlu di buat oleh pelajar dari bulan Mac hingga Julai 2016 seperti dikongsikan dari Lembaga Peperiksaan Malatsia (LPM). Setiap calon SPM 2016 yang mengambil mata pelajaran Pengajian Keusahawanan dikehendaki melaksanakan projek keusahawanan sebagai satu daripada keperluan pentaksiran berasaskan sekolah.

Panduan Kerja Kursus Pengajian Keusahawanan Projek Kertas 3 SPM 2016

Pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Keusahawanan dikehendaki melaksanakan tugasan kerja kursus dari bulan Mac hingga Julai 2016 seperti panduan dan arahan berikut :-
  1. Projek ini mengandungi satu tugasan.
  2. Calon wajib melaksanakan tugasan tersebut secara individu.
  3. Calon hendaklah menyempurnakan projek ini dengan merujuk kepada elemen, aspek dan kriteria yang telah ditetapkan.
  4. Projek ini hendaklah dilaksanakan oleh calon SPM dari bulan Mac hingga bulan Julai 2016.
  5. Calon dikehendaki mematuhi Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek yang disediakan untuk memastikan tugasan projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  6. Calon dinasihatkan membuat perancangan yang teliti dan melaksanakan tugasan dengan menggunakan perbelanjaan yang berpatutan dan munasabah.
projek Pengajian Keusahawanan Kertas 3 SPM 2016

TUGASAN PROJEK PENGAJIAN KEUSAHAWANAN SPM 2016

Panduan kerja kursus Pengajian Keusahawanan SPM 2016 ini boleh dimuat turun dalam PDF di LPM.
1. Calon  dikehendaki  menyediakan  satu  Rancangan  Perniagaan  yang  lengkap  tentang pengeluaran satu jenis produk yang berasaskan sumber berikut:
  • 1.1  Kelapa
  • 1.2  Pisang
  • 1.3  Nanas
  • 1.4  Koko
  • 1.5  Nangka
2. Penubuhan  perniagaan  hendaklah  mengikut  prosedur  pendaftaran  dan  perlesenan pihak berkuasa berkenaan.
3. Modal  perniagaan:

  • 3.1  Jumlah modal adalah di antara RM200 000 hingga RM1 juta.
  • 3.2  Sumber pembiayaan diperoleh daripada SME Bank / AgroBank.
4. Tenaga pekerja:
  • 4.1  Warganegara Malaysia.
  • 4.2  Bilangan pekerja di antara 8 hingga 15 orang.
  • 4.3  Bayaran gaji minimum bagi seorang pekerja adalah seperti berikut:

Pekerja                       Gaji Minimum
Pengurusan                    RM 1 600
Staf sokongan / operasi  RM900

5. Utiliti  perniagaan:

  • 5.1  Sewa minimum premis perniagaan adalah RM5 000.
  • 5.2  Pembelian kenderaan dan mesin adalah secara sewa beli untuk tempoh 6 tahun.
  • 5.3  Setiap  aset  bukan  semasa  perlu  disusutnilaikan  mengikut  kaedah  garis  lurus dengan kadar yang bersesuaian.
6. Persekitaran  keusahawanan  yang  perlu  dipertimbangkan:
  • 6.1  Pertanian  adalah  Perniagaan  merupakan  satu  usaha  Jabatan  Pertanian  untuk menarik minat orang ramai bergiat dalam bidang pertanian secara berskala kecil mahupun berskala besar.  Orang ramai disaran merebut peluang untuk menambah nilai hasil pendapatan melalui industri pertanian.6.2  Program Pembangunan Industri Tani telah menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:
  • 6.2.1 Kursus pemprosesan makanan berasaskan kelapa dan buah-buahan kepada usahawan muda.
  • 6.2.2 Infrastruktur asas seperti bangunan dan peralatan, saluran pemasaran serta mendapatkan kemudahan kredit.
  • 6.2.3 Penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan kualiti produk melalui pembungkusan dan aspek keselamatan makanan.
  • 6.3  Perbadanan  Pembangunan  Perdagangan  Luar  Malaysia  (MATRADE)  telah melancarkan  program  mengenal  pasti  rakan  kongsi  perniagaan  dan  mengatur padanan perniagaan semasa menganjurkan misi perdagangan peringkat ASEAN.
7. Rancangan Perniagaan ini hendaklah mengandungi unsur berikut:
  • 7.1  Latar Belakang Projek
  • 7.2  Ringkasan  Eksekutif
  • 7.3  Analisis  Industri
  • 7.4  Deskripsi  Perniagaan
  • 7.5  Rancangan  Organisasi
  • 7.6  Rancangan Pengeluaran
  • 7.7  Rancangan Pemasaran
  • 7.8  Rancangan Kewangan
8. Rancangan Perniagaan mestilah dikemukakan oleh calon secara individu.
9. Setiap calon mestilah mempersembahkan konsep, kreativiti dan idea produk sama ada  dalam  bentuk  pembentangan  projek  atau  interaksi  sepanjang  pelaksanaan tugasan  projek.
10.  Idea keusahawanan yang dipersembahkan mestilah menjurus kepada penjenamaan produk  Malaysia.  Anda  digalakkan  untuk  mendapatkan  maklumat  daripada pelbagai  sumber.
11.  Rancangan Perniagaan ini hendaklah mengandungi unsur berikut:

  • 11.1 Fon Times New Roman
  • 11.2 Saiz fon 12 pt.
  • 11.3 Saiz fon bagi tajuk besar atau kecil bergantung kepada kesesuaian
  • 11.4 Saiz kertas ialah A4
12.  Semua bentuk lakaran, lukisan, gambar rajah atau tulisan mestilah jelas.
13.  Penggunaan kertas berwarna dibenarkan.
14.  Gambar  atau  ilustrasi  tambahan  hendaklah  dilekatkan  dengan  kemas  supaya tidak tercicir.

15. PERINGATAN:

Calon diperingatkan tentang garis panduan dan arahan peperiksaan SPM perkara 1.1 di Bahagian D (Arahan Kepada Calon Peperiksaan) yang terdapat di dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM.

Calon wajib menduduki semua kertas soalan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan sama ada kertas soalan bertulis atau ujian amali atau tidak melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran berkenaan.


Selamat membuat kerja kursus Pengajian Keusahawanan buat pelajar SPM 2016 yang mengambil subjek ini dan semoga anda berjaya dengan cemerlang.

0 comment... add one now