Pembelian Tiket Secara Online Kelantan The Red Warriors TRW

Pembelian Tiket Secara Online eMatch Ticket Kelantan The Red Warriors TRW. Keputusan KAFA untuk mewujudkan portal pembelian tiket bolasepak secara online melibatkan perlawanan Kelantan merupakan langkan bijak. Kini Peminat The Red Warriors (TRW) tidak perlu beratur panjang mahupun berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan seperti kebiasaannya.
Penyediaan perkhidmatan menerusi laman www.ticketnow.com.my ini bagi mengelak daripada gejala ulat tiket yang semakin berleluasa pada setiap perlawanan.
Selain membeli tiket, peminat turut boleh mendapat jadual perlawanan dan tarikh kutipan tiket dan sebagainya menerusi laman tersebut.  
Pembelian tiket online akan ditutup dua hari sebelum perlawanan berlangsung, maka pembelian lebih awal disarankan bagi memastikan urusan bersama ulat tiket dapat dielakkan.
ematch ticket kelantan


Cara pembelian Tiket perlawanan Kelantan secara online
Layari laman web  http://www.ticketnow.com.my
Kemudian Klik PAPARAN PERLAWANAN
Klik BELI TIKET untuk memilih harga tiket
 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now