Peminat Bolasepak Masuk Bilik Persalinan Dan Serang Pemain

Peminat kelab bola sepak Brazil, Flamengo merusuh masuk ke bilik persalinan kelab Macae, mencuri kelengkapan malah mencederakan pemain pasukan itu.

Kejadian itu didakwa berlaku sebelum perlawanan pertama musim baharu Kejuaraan negeri Rio De Janeiro bermula, menurut persatuan bola sepak negeri dan jurulatih pasukan lawan.

Meskipun dilanda insiden, perlawanan yang dijadual di Macae di Rio de Janeiro itu diteruskan seperti biasa, semalam dan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
berna penjaga gol cedera
Penjaga gol Macae, Ricardo Berna yang dilaporkan cedera dalam insiden ini

"Mereka memasuki bilik persalinan, mengambil beberapa barangan, buah, beg yang mengandungi but bola sepak dan kasut latihan dan penjaga gol (Macae) diserang," kata Pengarah Persekutuan Bola Sepak Rio de Janeiro, Marcelo Viana kepada siaran televisyen Sportv/

"Satu-satunya kecederaan yang berlaku ialah terhadap penjaga gol, yang mengalami luka, namun ia mampu menjadi lebih teruk."
Jurulatih Macae, Josue Teixeira menceritakan versi yang sama mengenai kejadian itu.

"Kami menghabiskan perbincangan sebelum perlawanan apabila peminat Flemengo merempuh masuk ke bilik persalinan, mencuri barangan pemain, menyerang pemain dan staf kejurulatihan," katanya.

Penjaga gol Macae, Ricardo Berna yang beraksi pada perlawanan itu dengan tampalan di dagunya jelas berang dengan insiden itu.

"Ini memalukan bola sepak Brazil. Kita memerlukan hukuman yang keras mengenai perkara ini," katanya.

Ditanya siapa yang melakukan tindakan itu, Berna membalas: "Kumpulan penyokong Flemengo yang tersusun."

Begitupun, Presiden Flamengo, Eduardo Bandeira de Mello berkata dia merasakan cerita itu 'aneh' dan mahu lebih banyak maklumat sebelum mengambil tindakan. - Reuters

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now