Pendaftaran SPMU 2016 Online Calon Persendirian

Borang Pendaftaran SPMU Calon Persendirian 2016 Online. Anda calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU (SPM Ulangan) 2016 dan peperiksaan lain seperti PT3, SPM dan STAM? Merujuk kepada makluman rasmi KPM, pendaftaran calon persendirian 2016 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SPM Ulangan (SPMU), PT3, Bahasa Jepun & Bahasa Jerman (BJBJ) dan STAM boleh dibuat bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac 2016. Peperiksaan SPM (U) 2016 hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah dan dijadualkan berlangsung pada Jun nanti. Rujuk Takwim Peperiksaan Awam 2016 di Tarikh Peperiksaan 2016.

Pendaftaran Peperiksaan SPM Ulangan Calon Persendirian 2016

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Negeri yang berhampiran atau dimuat turun di 


Permohonan Secara online - klik applikasi Pendaftaran SPMU  https://spmu.moe.gov.my/daftar/

* Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan

APLIKASI PENDAFTARAN PEPERIKSAAN LAIN TAHUN 2016

Berikut adalah capaian applikasi pendaftaran peperiksaan lain untuk tahun 2016. Sila klik link untuk mendaftar:-
1. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) : https://daftarupsr.moe.gov.my
2. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) : https://pt3.moe.gov.my
3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : https://sppat.moe.gov.my
4. Bahasa Jepun dan Bahasa Jerman : https://sppat.moe.gov.my
5. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : https://estam.moe.gov.my

SPMU 2015 Online

BILPERKARATARIKH
1Pendaftaran peperiksaan peringkat sekolah (calon sekolah sahaja)1 Januari hingga 28 Februari 2016
2Mula pendaftaran peperiksaan secara dalam talian1 Mac 2016
3Tamat pendaftaran peperiksaan secara dalam talian31 Mac 2016
4Pengesahan kenyataan pendaftaran peperiksaan oleh ibu bapa calon (UPSR sahaja) atau calon (PT3, SPM, SPMU, BJBJ dan STAM)1 Mac hingga 31 Mac 2016
5Pembetulan maklumat calon dan pembetulan mata pelajaran (tanpa bayaran)*1 April hingga 15 April 2016
6Pembetulan maklumat calon dan pembetulan mata pelajaran (dengan bayaran)*16 April hingga 15 Mei 2016
* Kecuali bagi PT3


Semoga panduan Pendaftaran SPMU 2016 Online serta SPM, PT3 & STAM Dan Calon Persendirian ini bermanfaat.
 

{ 20 comments.. read them below or add one }

Aidil Shafei Aidil Shafei 22 Mac, 2015
Sye dh hntr borang ke JPN..mcm mne ste nk tau sye diterima?
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 Mac, 2016
Saya mendapat 5A dlm subjek teras spm2015 tapi math saya D. Ramai yang cadangkan saya supaya mengambil spmu, saya juga Ingin masuk ke tingkatan 6, apa pendapat anda?
Unknown Unknown 07 Mac, 2016
Amek je spmu..exam bulan 6..sambil tu masuk je form 6 dulu..btw u nk ambik kos apa kt u?
dtat74 dtat74 14 Mac, 2016
macamana nak dapatkan login dan password ni ya?
rodziawatia - D20102046789 rodziawatia - D20102046789 14 Mac, 2016
Saya pelajar lepasan spm 2015.
boleh tak saya mengambil subjek bahasa inggeris kerana byk universiti minta kepujian...sekurang kurangnya.. sbb bi saya dpt setakat lulus atas sahaja.
😢
ummiemama ummiemama 14 Mac, 2016
Better adik ambik spmu mate...sbb klu adik ambik stpm pun t ms apply u lps f6, mrk akn rujuk blk result mate spm adik....kebnykan course mcm tu....mate n english spm
Ghost Mafia Ghost Mafia 24 Mac, 2016
Saya plajar prauniversiti . Tp sye nk bt ulangan pper mt bole tk? Spm sye thun 2014
AINPIKA PQAIN AINPIKA PQAIN 27 Mac, 2016
Spmu tu smua mata pelajaran kah yg akan di ulangan atau kita sendiri yg pilih cuma nnti daftar je kat ppd
Tanpa Nama Tanpa Nama 04 April, 2016
Boleh buat rayuan tak utk daftar lambat
Tanpa Nama Tanpa Nama 04 April, 2016
Boleh tak rayu untuk daftar spm lewat
Unknown Unknown 19 Mei, 2016
Nak tanya format spm ulangan ikut rangka soalan terkini (komsas & novel baru) atau ikut rangka soalan tahun lalu?
final nations final nations 12 Jun, 2016
Tarikh mula spmu 2016 paper MT ngan BM bila ..
Rossa Calla Rossa Calla 12 Jun, 2016
Tarikh peperiksaan SPMU dari 13 hingga 15 Jun 2016. Boleh rujuk jadual di LPM http://lp.moe.gov.my/images/bahan/spmu/2016/spmu.pdf
Tanpa Nama Tanpa Nama 14 Jun, 2016
nk tnyev,bm ulangan 2016 guna novel baru ke lame?
Rebecca Rebecca 11 Julai, 2016
Say a lepasan spm 2013.. Tapi macam mna nak pegi daftar .? Terus pergi or kena call dlu? Sebab saya nak ulang spm subjek math n saints. Boleh daftar dalam bulan ni tak?
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 Julai, 2016
Assalamualaikum . Nak tahu tarikh keputusan SPMU 2016 ?
Rossa Calla Rossa Calla 12 Julai, 2016
Walaikumsalam, tentatif 18 Ogos 2016 hari Khamis
nurul hidayah nurul hidayah 24 Julai, 2016
Klau ingin mengulang kertas bahasa inggeris sahaja macam mana cara pendaftaran
Liew Ling Nee Liew Ling Nee 04 Ogos, 2016
Kalau ingin mengulang kertas Sains,Mathmetic sahaja dapat?
fyqa tyra fyqa tyra 09 November, 2016
Assalammualaikum admin..bagaimana untuk membatalkan subjek yang telah didaftarkan dalam SPMU??