Penjelasan JAKIM Tin Minuman Keras Ada Logo Halal

Penjelasan JAKIM Tin Minuman Keras Ada Logo Halal. Tin minuman keras ada Logo Halal menjadi Viral minggu ini di laman sosial facebook dan whatsapp. Berikut penjelasan yang di buat oleh JAKIM menerusi FB Bahagian Hab Halal JAKIM mengenai isu yang tidak bertanggungjawab ini. Sepertimana yang umum maklum, minuman keras adalah haram untuk orang Islam semua.

PENJELASAN JAKIM TIN MINUMAN KERAS ADA LOGO HALAL :
Penjelasan berhubung perkara ini telah dilakukan pada 9 Januari 2014 yang lalu. Di sini kami paparkan sekali lagi kenyataan tersebut sebagai rujukan pengguna sekalian.

KENYATAAN MEDIA
PENGARAH HAB HALAL
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
MENGENAI FITNAH PENGGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA PADA PRODUK  MINUMAN KERAS


Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM menerima maklumat dan aduan daripada orang awam berkaitan gambar tin minuman beer berjenama carlsberg dengan mempunyai logo halal yang disebarkan melalui media sosial facebook dan aplikasi whatsapp.

1. JAKIM dengan ini MENEGASKAN bahawa jabatan ini TIDAK PERNAH memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil/ logo halal kepada produk/ syarikat tersebut bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut TIDAK diberikan sijil halal walaupun ianya bukan minuman keras.

2. Sebarang penyalahgunaan logo halal adalah tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan- Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011. Sebarang penyalahgunaan logo halal Malaysia oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah undang-undang tersebut.

3. JAKIM menganggap bahawa motif penyebaran gambar ini adalah berniat jahat dan cuba untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti JAKIM sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang berwibawa dan diiktiraf di dalam serta luar negara. Penyebaran gambar ini juga boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada JAKIM dan boleh menyentuh sensitiviti agama. Oleh yang demikian, JAKIM telah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

carlsberga ada logo halal
 
4. Justeru, JAKIM mengecam tindakan memalsukan logo halal pada produk tersebut sama ada ianya secara sengaja atau untuk tujuan provokasi kerana perkara ini boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilan halal dunia dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat.

5. JAKIM juga menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran perkara ini.

Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
9 Januari 2014
 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now