Perlawanan Perak Dan Kelantan Dipinda Tarikh Atas Faktor Keselamatan

Perlawanan Liga Super Perak Dan Kelantan Dipinda Tarikh Atas Faktor Keselamatan. Dimaklumkan dari Laman FB FAM, perlawanan Bolasepak Liga Super Malaysia 2015 di antara pasukan Perak menentang pasukan Kelantan yang dijadualkan pada 7hb Mac 2015 di Stadium Perak, Ipoh telah dipinda secara rasmi ke 6hb Mac 2015 di atas faktor-faktor keselamatan bersempena Majlis Rasmi yang akan diadakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Perlawanan Perak Dan Kelantan Dipinda Tarikh

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now