Permohonan Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman 2015

Permohonan Scholarship Yayasan Tunku Abdul Rahman 2015

Permohonan Dan Borang Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman 2015. Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum
(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas .
(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang (jika) berjaya mencapai minimum PNGK 3.50 dan tahun pengajiannya masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
(iii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.
* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.
(c) Syarat Tambahan
Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang di aturkan oleh pihak YTAR.
KADAR BIASISWA
Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.
PERMOHONAN
Yayasan TAR

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now