Permohonan KUIS 2016 Online Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Permohonan KUIS Sesi Jun 2016 Secara Online. Anda seorang pelajar yang berminat menyambung pengajian di KUIS? Permohonan kemasukan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Sesi Jun 2016 telah dibuka seperti dipetik dari Laman FB KUIS. Calon Pelajar dijemput memohon kemasukan ke program Asasi/ Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD secara online melalui e-Admission KUIS. Semua calon pelajar diingatkan untuk menggunakan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG SEBENAR semasa memohon kemasukan secara online.
Bagi calon pelajar yang masih menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac 2016 depan, sila mohon SELEPAS keputusan diumumkan.
Calon pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 kepujian (kredit) serta memenuhi syarat kelayakan ditetapkan KUIS amat digalakkan untuk memohon program ASASI KUIS. Program ini merupakan laluan pantas ke program Ijazah Sarjana Muda KUIS kerana tempoh pengajian hanya 3 semester (1 tahun).

Nama program ASASI KUIS :

  1. FA01     Kursus Asas Pengajian Islam     
  2. FA04     Pengajian Tahun Asas Bahasa Arab
  3. FA02     Pengajian Asasi Pengurusan     
  4. FA05     Pengajian Asas Komunikasi
  5. FA03     Pengajian Asas Teknologi Maklumat                  

Permohonan KUIS 2015 boleh di buat dengan mengakses applikasi permohonan di http://onlineapp.kuis.edu.my:8080/onlineapp/default.jsp


Untuk makluman, KUIS menggalakkan semua calon pelajar menggunakan kemudahan permohonan atas talian (online). Bagaimanapun, jika terdapat kesukaran dipihak calon pelajar, permohonan secara manual tetap diterima. Sila ikuti langkah berikut:
1.
Muat-turun borang permohonan (dalam format PDF) dari laman web KUIS


2.
Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.


 3.
Lampirkan semua salinan dokumen yang diminta (kad pengenalan, sijil, transkrip dan sebagainya)


4.
Hantar borang permohonan dan salinan dokumen menggunakan Pos Laju ke alamat berikut: 


Sekyen Kemasukan, Bahagian Pengurusan Akademik, 

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Permohonan KUIS Sesi Jun 2015 Online
Untuk permohonan atas talian, sila sertakan sijil akademik terkini!!

Syarat dan program rujuk www.kuis.edu.my sebarang pertanyaan email kepada info@kuis.edu.my

*Asasi (fast-track ke ijazah sarjana muda)
- 5 kredit tidak termasuk seni
-warganegara malaysia layak belajar percuma *rujuk syarat

*Diploma (3 kredit SPM)
*Ijazah ( STPM (2.00) /STAM (jayyid) /Diploma dan kelayakan yg setaraf dengannya
*rujuk syarat.


Bagi semua calon yang membuat permohonan, sila hantarkan dokumen-dokumen yang tersenarai di bawah ke :
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK (BPA),
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
SETIAP PERMOHONAN HANYA AKAN DIPROSES SETELAH DOKUMEN DITERIMA.

Penghantaran Dokumen Boleh Dibuat Ke :
Faks : 0389257677

Emel : admission@kuis.edu.my

/Satu (1) salinan MyKad / Kad Pengenalan
Satu (1) salinan sijil keputusan akademik relevan dengan keperluan permohonan mengikut peringkat pengajian iaitu :

Dokumen Yang Diperlukan Mengikut Program : 
ASASI
/Salinan keputusan SPM.
IJAZAH SARJANA MUDA
/Salinan keputusan SPM.
/Salinan sijil keputusan STAM / STPM / Diploma.
/Surat Pengesahan Tamat Belajar dan Transkrip Keputusan Diploma bagi calon yang belum konvokesyen.
/Transkrip penuh Diploma.
Ijazah Doktor Falsafah
/Salinan keputusan SPM.
/Salinan sijil keputusan Ijazah Sarjana
DIPLOMA
/Salinan keputusan SPM.
/Salinan Sijil (bagi calon yang tidak memenuhi syarat minimum kemasukan).
IJAZAH SARJANA
/Salinan keputusan SPM.
/Salinan keputusan Ijazah Sarjana Muda
/Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda


Semoga berjaya buat pemohon KUIS 2016 Online Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

0 comment... add one now