Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru 2016 Online

Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2016 (PPISMP) - Permohonan Guru IPG 2016 Online. Anda seorang pelajar lepasan SPM dan berminat untuk menjadi guru atau cikgu dengan memasuki IPG (dahulunya Maktab Perguruan)? Permohonan kemasukan ke IPG online akan di buka mulai 10 Mac 2016  jam 12:00 tengahari sehingga 27 Mac 2016 jam 11:59 malam. Untuk tahun 2015, iklan untuk permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) tajaan KPM di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG) telah dibuka pada 15 Februari 2015 (AHAD). Baca syarat hendak jadi guru sebelum memohon.

Permohonan PPISMP 2016 Online Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG)

Permohonan Calon Guru PISMP 2016 akan di buka seperti ketetapan berikut :
  • Tarikh Buka Permohonan : 10 Mac 2016 (Khamis) jam 12:00 tengahari 
  • Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mac 2016 jam 11:59 malam. 
  • Semakan keputusan IPG 2016 online : UKCG, Panggilan temuduga sila rujuk di PISMP 2016
Pengumuman telah dibuat di Portal Rasmi KPM di bahagian pemberitahuan atau applikasi berkala. 
Permohonan PPISMP 2015 Online

Cara Memohon PPISMP 2016 Online

Permohonan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016 boleh dibuat secara online dengan mengakses applikasi permohonan IPG di bawah ini :- 

Berikut adalah maklumat penting mengenai permohonan IPG 2016 yang mengandungi informasi tentang program yang ditawarkan, syarat dan kelayakan khusus serta bidang pengkhususan yang ditawarkan.            

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  1. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  2. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Dan Kelayakan Asas     

  • Warganegara Malaysia.     
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.     
  • Sihat tubuh badan.     
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.        
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
  • i. Bahasa Melayu; dan
  • ii. Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.     
    Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan


1SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)2SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)3SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)
3.1.1Bahasa Melayu3.2.1Bahasa Melayu3.3.1Bahasa Melayu
3.1.2Bahasa Inggeris3.2.2Bahasa Inggeris3.3.2Bahasa Inggeris
3.1.3Bahasa Cina3.2.3Bahasa Cina3.3.3Bahasa Tamil
3.1.4Bahasa Tamil3.2.4Pendidikan Islam3.3.4Pendidikan Islam
3.1.5Bahasa Iban3.2.5Matematik3.3.5Matematik
3.1.6Bahasa Kadazandusun3.2.6Sains3.3.6Sains
3.1.7Bahasa Islam
3.1.8Matematik
3.1.9Sains
3.1.10Pendidikan Khas

Maklumat Penting Permohonan

Berikut adalah maklumat penting tentang permohonan IPG 2016. Sila pastikan anda membaca dan merujuk kepada arahan sebelum memohon :-
  • Manual Permohonan dalam PDF, sila klik FAQ 2016
* Peringatan kepada calon :
  1. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga       
  2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  3. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.  
  4. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan. 
  5. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.      
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. 
* Maklumat penting lain sila rujuk di Maklumat PISMP

Tarikh Penting Permohonan PPPISMP 2016 Online

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2016. 

  • Tarikh Buka : 10 Mac 2016 (Khamis) jam 12:00 tengahari
  • Tarikh Tutup : 27 Mac 2016 jam 11:59 malam. 
  • Kalendar aktiviti IPG 2016 boleh dirujuk di bawah ini :-

Sebagai panduan dan rujukan, berikut Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2016 yang juga boleh di rujuk di Kalendar Aktiviti IPG.
  • 6 Mac 2016 - Iklan permohonan PPISMP Ambilan Jun 2016 dalam akhbar tempatan
  • 10 Mac hingga 27 Mac 2016 - Permohonan secara online di buka
  • 27 Mac 2016 (11.59 malam) - Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)
  • 5 hingga 14 April 2016 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 10 April hingga 15 April 2016 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 
  • 2 Mei hingga 19 Mei 2016 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 9 Mei hingga 20 Mei 2016 - Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)
  • 6 Jun hingga 13 Jun 2016 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2016. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 13 Jun 2016 - Pendaftaran calon di IPG

IKLAN PERMOHONAN IPG 2016 sila klik Iklan IPG.

Permohonan PISMP 2016 Ambilan Khas

Menerusi makluman rasmi KPM dan Applikasi Permohonan Program Perguruan, pengambilan Calon Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Khas 2016 dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina Pendidikan Rendah  (SJKC) dan SMA/SMU bagi bidang pengkhususan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK) akan diteruskan pada tahun ini. 

Tarikh permohonan secara on-line akan dibuka mulai 17 Mac 2016 dan ditutup pada 27 Mac 2016.
Berikut adalah Pilihan Bidang Pengajian yang ditawarkan bagi Calon UEC & SMA / SMU :

1. Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi lulusan UEC. Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam 3 (tiga) mata pelajaran berikut:

  • i)   Bahasa Melayu Komunikasi
  • ii)  Sejarah
  • iii) Pendidikan Moral         
2.  Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK) bagi lulusan SMA/SMU. Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam 3 (tiga) mata pelajaran berikut:
  • i)     Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
  • ii)    Sejarah
  • iii)   Pendidikan Syariah Islamiah

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :    
                 
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769

Syarat Kelayakan Akademik Menjadi Guru

Berikut dikongsikan informasi bagaimana hendak menjadi guru atau cikgu. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam adalah untuk menyediakan guru sekolah menengah/ SMK manakala program di IPGM (dahulunya Maktab Perguruan) adalah untuk sekolah rendah (sekolah kebangsaan/ SK)
  1. Lepasan Matrikulasi/ STPM/ Diploma - Mohon Universiti Awam (UA) Kursus Ijazah Pendidikan
  2. Mohon ke IPG untuk mendapatkan Ijazah

A) Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

  1. Memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (khusus dalam bidang tertentu) di UA. Permohonan melalui UPU online
  2. Diploma Pendidikan/ KPLI untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda kini tidak lagi ditawarkan di sebabkan telah ada program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di atas.

B) Guru Sekolah Kebangsaan (SK)/ Sekolah Rendah

Memohon program pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG)
  1. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) selama setahun
  2. Jika lulus PPISMP, anda layak ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) selama 4 tahun
  3. Jika anda mempunyai Ijazah Lulusan Luar Negara, pelajar boleh menyambung pengajian di PISMP tahun ke 4
Kepada yang berminat sila bookmark page ini Permohonan IPG Institut Pendidikan Guru PPISMP 2016 Online. Tarik rasmi permohonan di buka akan dikemaskini dari masa kesemasa. Semoga anda semua berjaya dalam permohonan IPG 2016 ini nanti.

{ 44 comments.. read them below or add one }

Tanpa Nama Tanpa Nama 13 Februari, 2015
Boleh bagi laman web untuk memohon x?
The Fallen Cat The Fallen Cat 14 Februari, 2015
pemohonan untuk maktab ni tidak perlu menggunakan no. pin seperti pemohonan UPU kan?
Nadhiey Nadhirah Nadhiey Nadhirah 15 Februari, 2015
sekarang tidak perlu no.pin lagi untuk mohon ke ipg :)
Wani Hazwani Wani Hazwani 16 Februari, 2015
kalau lepas spm kena tnggu dpt result?
zaim zaidi zaim zaidi 17 Februari, 2015
macam mana nak apply ni ?
Rossa Calla Rossa Calla 17 Februari, 2015
Sila klik applikasi permohonan di http://apps8.moe.gov.my/smg/pismp2015/index.cfm
Ain Farhana Abdul Aziz Ain Farhana Abdul Aziz 09 Mac, 2015
Salam, sya cuba utk buka laman web kpm, tkde yg sign in pun, utk sya sahkan pendaftaran saya. Macam mana yer ?
Ranjithaa Chanthru Ranjithaa Chanthru 09 Mac, 2015
kalau sebelum 30 Jun 1995 ...bolehtak aply????
Rossa Calla Rossa Calla 09 Mac, 2015
cuba sekarang sbb semalam laman web ada masalah
Rossa Calla Rossa Calla 09 Mac, 2015
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1995

Sila rujuk http://rossacalla.blogspot.com/2014/03/syarat-baru-kemasukan-ke-kursus-maktab.html
Thinesk Kumar Thinesk Kumar 10 Mac, 2015
HAI .BOLEH SAYA TANYA ?KALAU SAYA TERLEPAS NAK ISI BORANG INI MCM MANA.
Faris Burger Faris Burger 15 Mac, 2015
asalam blh tanya .....saya dah daftar dah disahkan ...tpi saya lupa utk mengambil no rujukan ape semua mcm mne ye????saya harap dpt bls dgn cepat sekian terima kasih
Faizul Azwan Faizul Azwan 15 Mac, 2015
asalam blh bertanya????saya dah daftar ape semua tpi tk sempat nk print butiran dan ambil no rujukan>????bllh tolong saya tk.. ???:( sekian terima kasih harap maklum bls dgn secepat mungkin
siti nurul atiqah siti nurul atiqah 24 Mac, 2015
Salam. Saye nk check calon yg berjaya duduki ukcg tu tapi bile bukak laman tu takdek pulak. Cane ek. Bole ajarkan ?
ewan mac ewan mac 28 Mac, 2015
salam.. saya dah terlewat untuk buat permohanan maktab secara online. ada cara lain tak untuk memohon ke maktab.. please?
Rhawnthy Wescenfheny Rhawnthy Wescenfheny 18 April, 2015
maaf, bagi yang tidak layak menduduki UKCG boleh apply lagi tak? dan bila ada intake seterusnya?

احمد شكور احمد شكور 17 Jun, 2015
sepatutnya ipg longgarkan sikit syarat kelayakan umur...Kesian dengan orang yang lahir awal tahun macam saya ni...
Nk mohon tapi dah tak de peluang....
ipg terlalu strict sangat....
Tanpa Nama Tanpa Nama 29 September, 2015
as salam. saya pelajar lepasan ijazah sarjana muda aliran sains (bukan pendidikan). saya ingin memohon untuk menjadi guru/pensyarah. jadi bagaimana utk saya memohon sekiranya saya tidak mempunyai diploma pendidikan?
mIsZ ChaTeLEt mIsZ ChaTeLEt 15 Februari, 2016
Kalau ada lepasan diploma perguruan asas dari KOPEDA, blh ke lanjutkan ijazah di maktab?
cikspeckyy.blogspot.com cikspeckyy.blogspot.com 17 Februari, 2016
hari ni dah start kan , bole tak nak minta link untuk memohon .sya lepasan SPM .
Rossa Calla Rossa Calla 17 Februari, 2016
Permohonan IPG 2016 masih belum dibuka lagi, tunggu pengumuman rasmi KPM
cikspeckyy.blogspot.com cikspeckyy.blogspot.com 18 Februari, 2016
ohh okay .thankyou .nanti update cepat2 ya :)
Zakiah Rasip Zakiah Rasip 21 Februari, 2016
Boleh buat permohonan? Saya lepasan spm.
Tanpa Nama Tanpa Nama 04 Mac, 2016
Tak perlu. Pastikan info yg anda key in adalah betul. Good luck.
Zulkifli Zulhusni Zulkifli Zulhusni 09 Mac, 2016
permohonan ini memang tak dibuka untuk lepasan spm ke?
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 Mac, 2016
masih belum buka lagi ke saya salah klik page? nak klik kat mana utk permohonan? Klik kat "KLIK PISMP 2016" tu ke?
Unknown Unknown 11 Mac, 2016
saya ingin bertanya.. untuk menyambung ijazah sarja muda pendidikan di UA... adakah pelajar stpm diterima untuk menyambung ijazah tersebut
Poo Pew Poo Pew 13 Mac, 2016
cik saye nk tanye sekiranya sesesorng yg nk mohon ipg tpi die gagal syarat asas bole x die mohon semula
Tanpa Nama Tanpa Nama 14 Mac, 2016
sy dah cuba apply tp yg keluar " maaf, no kad pengenalan anda tiada dlm permohonan".. knp ye?
Tanpa Nama Tanpa Nama 15 Mac, 2016
Apa yg perlu dilakukan sekiranya salah memilih bidang pengkhususan dan kemudian tertera Gagal Syarat Asas dan tidak boleh log masuk semula? Mohon pencerahan
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Mac, 2016
pelajar lpsn stpm lahir pd bulan mac 1996 boleh apply x?
Ika Atiqah Ika Atiqah 21 Mac, 2016
kenapa application ditutup sementara waktu ? sebab saya belum kemaskini lagi borang permohonan haritu. please reply asap
Tanpa Nama Tanpa Nama 21 Mac, 2016
Saya ingin bertanya,saya telah mendaftar untuk membuat permohonan ambilan khas,saya ingin menggunakan result SMU tetapi tersalah click pada result UEC.bolehkah saya menukarnya kembali?mohon penjelasan
Unknown Unknown 29 Mac, 2016
assalamualaikum . saya tak tahu no rujukan . macam mana nak semak nnti ? tq
nick kunek nick kunek 08 April, 2016
Saya lepasan ijazah sarjana muda muzik dalam program bukan pendidikan..boleh ke saya memohon ke ipg untk blajar ..mengambil pendidikan.
nuramsyar 47 nuramsyar 47 14 April, 2016
macam mana nk jadi cikgu muzik
shah aiman shah aiman 18 April, 2016
Salam admin.. Amcm Nak jdi cikgu Kat kolej vokasional tu Ye?yg under government? Sy ada da dip.kmhiran,dan Sijil pegawai vokasional.. Mohon tunjuk ajar
Unknown Unknown 08 Mei, 2016
salam admin, nak tanya. Kalau lepasan matrikulasi boleh memohon ipg tak? kalau boleh bila tarikhnya?
Aiemi Amnisya Aiemi Amnisya 08 Mei, 2016
untuk lepasan matrik boleh mohon ipg tak admin?
yusri aziz yusri aziz 17 Julai, 2016
Assalam,saya lepasan Ijazah Bahasa Arab (bukan pendidikan) saya ingin mendaftar dalam KPLI di mana-mana IPG,masih adakah KPLI sekarang admin?
Faizal Hamizat Faizal Hamizat 17 September, 2016
Saya spm 2014, dan saya ingin memohon ipg tahun 2017. Tapi saye lahir Mac 11. Boleh ke?