Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2015 Online

Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2015 Online. Berita baik Pengambilan Pelajar Bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2015/2016 kini di buka sehingga tarikh tutup selepas 7 hari dari keputusan SPM 2014 dikeluarkan. Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 4 Mei 2015 adalah tidak berjaya dalam permohonan.

Maklumat lanjut boleh layari Program Diploma Tahfiz Al-Quran

Permohonan Online Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2015 Online - Klik SINI

Program Diploma Tahfiz Al-Quran

Kelayakan Masuk

Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan syarat minimum 'Gred B' dalam mata pelajaran :
i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan al-Quran an Sunnah atau Pendidikan Syariah
iii) Bahasa Arab 
iiv) Lulus Bahasa Inggeris dan Sejarah, atau;
      Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengannya serta:
v) Lulus temuduga
Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2015 Online
Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:
i) Kursus Teras Darul Quran - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian Darul Quran.
ii) Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
iii) Kursus Syukbah - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Syukbah Qiraat
b) Syukbah Dakwah
c) Syukbah Syariah
d) Syukbah Hadith
e) Syukbah Muamalat
Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Yuran Pengajian & Biasiswa
Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.

Prospek
Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran Darul Quran layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

Kemudahan Pembelajaran 
 i. Kemudahan Asas - Dewan kuliah, makmal komputer, makmal al-Quran, makmal bahasa, perpustakaan , surau, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, auditorium dan lain- lain.
ii. Kemudahan Riadah - Padang permainan untuk sepak takraw, bola sepak, badminton, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan trek jogging.

Pengiktirafan
 Diploma Tahfiz al-Quran yang dikeluarkan oleh Darul Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara khususnya di Timur Tengah. Graduan dari Darul Quran berpeluang mengikuti program ijazah pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya :
  • Maahad Qiraat Al-Azhar Al Syariff, Mesir
  • Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera, Indonesia
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia USIM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now