Pesawat Terbaru Israel F-35 Stealth 'Ha-Adir'

Pesawat Pejuang Terbaru Israel F-35 Stealth 'Ha-Adir'. Israel Membeli 14 Buah Pesawat F-35 Stealth. Di petik dari FB Aman Palestin, Israel akan membeli 14 F-35 pejuang stealth dari Amerika Syarikat dari syarikat gergasi aeroangkasa Lockheed Martin dengan kos kira-kira $ 110,000,000 setiap satu menurut kementerian pertahanannya semalam. 

Pesawat itu akan menggunakan nama Hebrew iaitu “Ha-Adir” (Yang Hebat).

Perjanjian yang bernilai $ 2.82 Billion meliputi pakej-pakej lain seperti teknologi dan latihan yang telah ditandatangani pada hujung minggu lalu selepas diluluskan oleh satu jawatankuasa peringkat menteri pada bulan November.

Ia termasuk pembelian 14 pejuang stealth dan juga pilihan untuk membeli 17 yang lain. Ia adalah kesinambungan perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 2010 untuk membeli 19 pesawat F-35 Kumpulan pertama pesawat dijangka tiba di Israel pada akhir tahun 2016. Sumber : [ AFP ]
F-35 Stealth 'Ha-Adir'

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now