Program Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Program Asasi Pintar UKM
Program Asasi Pintar UKM. Apa itu Asasi Pintar UKM? Dipetik dari Laman Web AsasipintarProgram ASASIpintar adalah program pra-universiti untuk calon-calon yang berminat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan, terutama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Diluluskan pada 2011 oleh Kementerian Pendidikan TInggi, and mula ditawarkan pada bulan Mei 2012, program ini menekankan pembentukan murid secara holistik, yang melibatkan aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Para pelajar diberi pendedahan kepada kursus-kursus mencabar dalam bidang Biology, Kimia, Fizik, Matematik, dan Statistik, yang kesemuanya diiktiraf oleh American College Board.
Di samping itu juga pelajar diberi latihan menjalankan penyelidikan dalam bidang yang diminati. Antara matlamat program ini adalah untuk menyediakan program yang selaras dengan keperluan negara industri menjelang tahun 2020 dan menawarkan program pra-ijazah yang dapat memenuhi hasrat negara bagi memberi pendidikan yang terbaik untuk pelajar pintar berbakat.
Brosur mengenai program ini boleh di download di sini (PDF,1.14Mb)


0 comment... add one now