Ringgit Makin Lemah Berbanding Dolar US

Ringgit Makin Lemah Berbanding Dolar US. Ringgit terus dibuka rendah berbanding dolar AS kerana sentimen bulis terhadap mata wang ekonomi terbesar dunia itu menjauhkan pelabur terhadap mata wang tempatan dan Asia.

Lima minit selepas pembukaan, ringgit disebut harga pada 3.6165/6195 berbanding dolar daripada penutupan semalam 3.5970/6000.

Ringgit juga dibuka rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.

Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 2.6567/6598 daripada 2.6482/6506 sebelumnya dan jatuh kepada 3.0100/0137 berbanding yen daripada 3.0050/0088 semalam.

Unit tempatan juga rendah berbanding pound pada 5.5097/5147 daripada 5.4879/4940 semalam dan berbanding euro ia susut kepada 4.0913/0955 daripada 4.0689/0730 pada Rabu. - BERNAMA

Ringgit Makin Lemah Berbanding Dolar US

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now