RTM Dan Media Prima Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2015

RTM Dan Media Prima Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2015. Ramai yang tertanya-tanya mengapa tiada LIVE di saluran kebiasaan, Astro Arena 801 semasa perlawanan JDT vs Pahang di Piala Sumbangsih 2015 sedangkan perlawanan pembukaan Liga M itu amat menarik utk ditonton.

LIVE STREAMING LIGA SUPER MALAYSIA 2015 KLIK SINI
 
Utk makluman anda, kontrak hak penyiaran FAM & Astro telahpun tamat pada akhir tahun lalu. Walaupun berkeinginan utk menyambung kontrak tersebut, namun FAM memilih utk menjalin kerjasama dengan MP & Silva, sebuah agensi media bertaraf 'international'.
Selepas segala persetujuan dicapai, FAM menyerahkan kepada MP & Silva utk memutuskan hak penyiaran Liga M sebelum agensi itu memilih RTM & Media Prima sebagai stesen tv tempatan sebagai penyiar rasmi Liga M 2015.
Liga Malaysia 2015
Terdapat beberapa kerugian jika Astro Arena sudah tidak melibatkan diri dalam penyiaran Liga M :
• Perlawanan berdefinisi tinggi (HD) & lebih berkualiti.
• Ulasan professional & menarik sepanjang perlawanan
• Previu pra-perlawanan ( 40 minit sebelum sepak mula & 15 minit selepas tamat perlawanan )
• Analisis ketika separuh masa ( perkongsian taktikal & grafik oleh pakar bola sepak )
Namun situasi ini turut memberi beberapa kebaikan :
• Tontonan lebih meluas kerana disiarkan oleh stesen tv awam
(cth : TV1, TV3, TV9)
• Tiada gangguan teknikal ketika cuaca buruk & hujan
• Liputan setiap perlawanan lebih banyak dengan gabungan lebih lima siaran tv.
Menjelang penswastaan Liga M pada musim hadapan, transformasi utk memberikan suasana perlawanan yang lebih 'high class' amat diperlukan dalam menaikkan mutu & kualiti Liga M.
FB Super League
5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Tanpa Nama Tanpa Nama 14 Februari, 2015
Begitu banyak game setiap Jumaat & Sabtu, RTM & TV3 hanya ambil satu perlawanan. Liga perdana apa hal...macam mana nak maju bolasepak...tangkap muat je.
Perlu diingat Liga Malaysia berlangsung sampai hujung tahun. RTM & Media Prima tidak ada siaran khas utk sukan. Tak sama dgn Astro lebih professional, liputan sgt menarik & bergaya.
Liga Super sudah professional, tapi penyampaian & liputan dari RTM & Media Prima macam 'Old School' style lama, sgt-sgt tidak menarik, mcam zaman 70.80, 90.