Semakan Keputusan STPM 2016 Online Dan SMS

Semak Keputusan Keseluruhan STPM 2016 Secara Online Dan SMS. Anda seorang pelajar yang telah menduduki peperiksaan STPM 2016 yang lalu? Berita baik buat anda. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2016 akan diumumkan pada hari Selasa, 28 Februari 2017. Result STPM ini dikeluarkan awal berbanding dengan tarikh keputusan SPM 2016 yang diumumkan pada 16 Mac 2017.

Keputusan STPM 2016 Online Dan SMS

Cara Buat Semakan Keputusan STPM 2016

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan STPM 2016 (keseluruhan). Terdapat beberapa kaedah untuk calon mengetahui keputusan keseluruhan STPM 2016 calon iaitu seperti berikut:-

1) Hadir ke sekolah 

  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehinya melalui pos.

2) Semakan secara online

  • Semakan boleh di buat dengan melayari Laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan applikasi semakan bermula jam 12:00 tengah hari pada 28 Februari 2017. Klik applikasi semakan di MPM atau http://webmpm1.mpm.edu.my/stpmk/

3) Semakan SMS 

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui perkhidmatan Sistem Mesej Singkat (SMS) yang dibuka bermula 1200 tengahari, 28 Februari 2017 dengan menaip:-
  1. STPM<jarak>RESULT<jarak>(No Kad Pengenalan)
  2. Contoh STPM RESULT 910325035243
  3. Dan Hantar ke 15888
  4. Caj 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaaan.

Keputusan STPM 2016

Kenyataan Media KPM : Keputusan STPM 2016

kenyataan media kpm keputusan stpm 2016

Selamat membuat semakan keputusan STPM 2016 secara online dan sms. Semoga calon berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Tahniah buat semua calon.

0 comment... add one now