Semakan Tawaran SBP 2017 Tingkatan 4 Online

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2017 Tingkatan 4 Online. Makluman Semakan Tawaran SBP 2017 Tingkatan 4 Online akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon murid PT3 Tingkatan 3 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2017 Tingkatan 4 yang akan ditutup pada 30 Disember 2016 boleh menyemak keputusan permohonan SBP 2017 mereka dalam tempoh 30 hari dari tarikh empat (4) pelaporan PBS Tingkatan Tiga (3) iaitu keputusan rasmi PT3 2016 dikeluarkan. Menerusi makluman KPM, semakan keputusan tawaran dan erayuan boleh di buat bermula 20 Januari hingga 5 Februari 2017.

Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut. 


Semakan SBP 2017 Tingkatan 4 Online

Applikasi semakan Terkini SBP 2017 Tingkatan 4 Online 

Semakan keputusan SBP Tingkatan 4 boleh disemak bermula 20 Januari hingga 5 Februari 2017

Sila Masukkan No. MyKad dan Angka Giliran PT3 2016 dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat NO. MYKAD dan ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 calon.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.

* ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA


Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2017

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

  • Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
  • Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman
penawaran kepada murid yang berjaya.

Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar.

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar
Didoakan semoga pemohon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP 2017 kali ini. Moga anda akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

0 comment... add one now