Senarai Lebuhraya Tawar Rebat Dan Diskaun Tahun Baru Cina 2015

Senarai Lebuhraya Tawar Rebat Dan Diskaun Tahun Baru Cina 2015. Tahun Baru Cina 2015 akan disambut di Malaysia pada 17 dan 18 Februari 2015. Bersempena dengan perayaan utama ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu menyatakan seperti dipetik dari Bernama, pengguna-pengguna lebuh raya bakal menikmati diskaun dan rebat tol antara 5 hingga 37.5 peratus di 18 lebuh raya di Malaysia.

Langkah yang dibuat oleh semua lebuh raya yang bersetuju menawarkan insentif ini adalah sebagai program tanggungjawab sosial korporat dan penghargaan kepada pengguna.

Berikut adalah senarai lebuhraya yang menawarkan rebat dan diskaun Tahun Baru Cina 2015 :-


1) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menawarkan rebat sebanyak 30 peratus bagi perjalanan melebihi 100 kilometer kepada pengguna yang membayar tol secara elektronik (ETC) pada 16 dan 23 Februari -
PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataannya berkata tawaran diskaun itu diberikan kepada pengguna kenderaan kelas 1 bagi perjalanan jauh melebihi 100 kilometer dan membayar tol secara elektronik (menerusi kad PLUSMiles, Touch 'n Go atau SmartTAG) pada hari bukan puncak. PLUS turut memberikan rebat tol 20 peratus kepada semua pengguna kelas 1 di ketiga-tiga lebuh raya berkenaan yang mematuhi panduan perjalanan, menggunakan sistem elektronik serta perjalanan melebihi 100 km pada hari puncak iaitu 17, 18, 21 dan 22 Februari ini.
 
2) Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pula menawarkan diskaun kadar rata sebanyak 60 sen untuk kenderaan semua kelas tunai dan ETC pada 19 Februari manakala Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT) menawarkan 20 sen untuk semua kelas tunai dan ETC pada hari sama.

3) Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE) dan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) pula menawarkan diskaun 20 peratus untuk ETC Kelas 1 dari 6 pagi 19 Februari hingga 6 pagi 20 Februari.

Rebat Dan Diskaun Tahun Baru Cina 2015

4) Lebuhraya SMART pula menawarkan 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi kelas 1 dan 4 sahaja pada 19 Feb manakala Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menawarkan 10 peratus untuk tunai dan ETC Kelas 1 sahaja.

5) Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi semua kelas dari 11 malam 18 Februari hingga 8 pagi 19 Februari manakala Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC pada 19 Februari bagi semua kelas.

6) Lebuhraya Senai Desaru (SDE) dan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi kelas 1 sahaja.

7) Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pula menawarkan diskaun 5 peratus untuk ETC kelas 1 sahaja dari 6 pagi 19 Februari hingga 5.59 pagi 20 Februari, menurutnya.

Cadangan Perjalanan Lebuhraya PLUS (TTA) Sempena Tahun Baru Cina 2015 (CNY 2015)

PLUS meminta pengguna lebuh raya yang menuju ke Perlis, Kedah dan Johor Selatan supaya memulakan perjalanan pada 6 hingga 8 pagi pada 13 Februari manakala mereka yang menuju ke Pulau Pinang dan Johor utara diminta memulakan perjalanan pada 8 hingga 12 tengah hari pada hari sama.

Mereka yang ke Perak utara dan tengah serta Melaka supaya memulakan perjalanan pada 12 tengah hari hingga 6 petang manakala mereka yang ke Perak selatan dan Negeri Sembilan dinasihatkan bergerak selepas 6 petang pada 13 Februari.

Pada 22 Februari, mereka yang kembali ke Kuala Lumpur dari utara dan selatan dinasihatkan bergerak mengikut tempoh masa yang dicadangkan PLUS.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now