Tarif Elektrik Pengguna Malaysia Turun Bermula 1 Mac 2015

Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac 2015. Berita mengembirakan kepada rakyat Malaysia seperti dipetik dari BH online apabila Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia, berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Semak dan cara bayar Bil TNB online di SINI

Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di sini, sebentar tadi.

Selain itu, purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj, berkuat kuasa bagi tempoh sama, penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa.

Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac 2015

Maximus berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.

"Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri," katanya.

tarif elektrik turun

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

2 comments.. read them below or add one

pusat harga hp dan android pusat harga hp dan android 11 Februari, 2015
wah ijin nyimak dulu mbak untuk info tarif elektriknya,
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 11 Februari, 2015
Kerajaan sendiri begitu lembab menrunkan bayaran kpd pengguna berkaitan kerajaan.