Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2018 LHDN Taksiran 2017

Tarikh Akhir Penghantaran Borang Cukai e-Filling 2018 LHDN Untuk Taksiran 2017. Bilakah tarikh akhir penghantaran borang dan membayar cukai pendapatan tahun taksiran 2017? Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), melalui lampiran yang boleh dirujuk di LHDN yang memaklumkan bahawa pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2017 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF mulai 1 Mac 2018 ini. 

Bagi Borang BE, pembayar  cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing). e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh  LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

e-Filling 2017 LHDN

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2018 LHDN (Borang e/ BE)

LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh  masa yang  telah  ditetapkan  bagi  mengelakkan  sebarang  penalti  lewat  hantar BNCP dikenakan terhadap mereka

Tarikh akhir pengemukakan BNCP Tahun Taksiran 2017 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut :-

tarikh penghantaran borang efilling 2018
Pembayar cukai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan LHDNM terdekat bagi mendapatkan bantuan untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan Atau
menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-5436 (LHDN) untuk keterangan lanjut.


JENIS BORANGPENERANGANTarikh Akhir MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2017
EPenyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat)31 Mac 2018
BEBorang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan)30 April 2018 (manual). Tambahan masa diberikan untuk hantar menggunakan e-filling iaitu sehingga 15 Mei 2018
BBorang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan)30 Jun 2018
PBorang Nyata Perkongsian30 Jun 2018
BTBorang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran)30 April 2018 (Tidak Menjalankan perniagaan) &
30 Jun 2018 (Menjalankan perniagaan)
MBorang Nyata Individu Bukan PemastautinSAMA
MT Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)SAMA
TFBorang Nyata PertubuhanSAMA

* NOTA

  1. * Tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDN
  2.  * BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
  3. * Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2017 adalah 30 April 2018. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2018 bagi e-Filing Borang BE (e-BE) Tahun Taksiran 2017. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2017 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2018, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2018 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  4. Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos  

Tambahan Masa Untuk Pengemukaan BNCP

Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat  tambahan masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing, pos atau serahan tangan.

tambahan masa efilling 2017

Pembayar  Cukai  yang  belum  pernah  menggunakan  aplikasi  e-Filing  sebelum  ini perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

Manakala  bagi  pembayar  cukai  yang  terlupa  kata  laluan e-Filing  dan mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM  pula,  mereka  boleh  set  semula  (reset) kata  laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

Bagi  pembayar  cukai  yang  tidak  mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod. 

Adalah   diingatkan   bahawa   permohonan   untuk reset kata   laluan   e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Adalah dinasihatkan "Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan,"

Apa Itu e-Filling

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan di talian 1-800-88-5436. Panduan e-filling LHDN di SINI