Johor Cuti Umum 23 Mac 2015

Tarikh Istiadat Pemahkotaan DYMM Sultan Johor 2015. Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden akan diadakan di Istana Besar Johor pada 23 Mac 2015 ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi gelaran baharu kepada Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

LIVE STREAMING ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR 2015 KLIK SINI
 

Abdul Rahim berkata, tarikh 23 Mac juga diumumkan sebagai cuti umum bagi negeri Johor, bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk sama-sama meraikan hari pemahkotaan tersebut.

“Bagi menyerikan istiadat pemahkotaan itu, sekurang-kurangnya sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan akan diadakan bermula 16 Mac ini dan sambutan dijangka berlangsung selama tiga bulan,” katanya kepada pemberita di Pejabat Jumaah Majlis Diraja Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Latiff Yusof.

Menurut Abdul Rahim, istiadat pemahkotaan itu adalah istimewa memandangkan kali terakhir istiadat itu diadakan adalah pada 10 Februari 1960 iaitu 55 tahun yang lalu iaitu semasa Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim.

Johor Cuti Umum 23 Mac 2015 
Sultan Johor
“Istiadat pemahkotaan Tuanku adalah eksklusif tetapi mengandungi ciri-ciri yang pernah diperlakukan dalam istiadat sebelumnya bagi mengekal dan memperkayakan budaya istana,” katanya.

Tambah beliau, sempena istiadat kemahkotaan itu, setem pos yang direka khas untuk kemahkotaan dalam denominasi 60 sen, 80 sen dan RM1 serta sampul surat hari pertama kemahkotaan akan dicetak dan dijual oleh Pos Malaysia mulai 23 Mac.

“Medalion emas juga akan dibuat dan dijual oleh Bank Negara,” ujarnya.

Lebih 30,000 rakyat dijangka menyaksikan upacara istiadat kemahkotaan yang akan disiarkan secara langsung melalui televisyen terpilih dan juga skrin besar di Dataran Bandaraya Johor Bahru - Utusan online 5 Jan 2015


Johor Cuti Umum 23 Mac 2015
Tarikh Istiadat Pemahkotaan DYMM Sultan Johor 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now