Tarikh Pameran LIMA 2017 Langkawi

Tarikh Pameran LIMA 2017 Langkawi. Anda merancang untuk datang ke LIMA 2017 - Asia Pacific Premier Maritime And Aerospace Showcase? Bilakah tarikh pameran? Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) akan kembali pada cuti sekolah 2017 nanti. Pameran yang popular di rantau Asia Pasifik dan ditunggu-tunggu ini akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac 2017 (Selasa hingga Sabtu). Pelbagai aktiviti bakal disajikan kepada pengunjung selama 5 hari termasuk pameran pesawat dan kapal perang.

LIMA 2017 Langkawi

Tarikh Pameran LIMA 2017 Langkawi

Pameran LIMA di Langkawi pertama kali diadakan pada tahun 1991. Untuk tahun 2017, pameran dijangka menyaksikan penambahan penyertaan untuk pempamer. Pada tahun 2015, sebanyak 512 syarikat dari 36 buah negara telah menyertai Pameran LIMA. Ianya telah berlangsung dari 17 hingga 21 Mac 2015.

Berikut dikongikan maklumat penting pameran LIMA 2017 meliputi tarikh dan hari beserta jadual aturcara.
 
  • Tarikh Pameran/ Hari : 21 hingga 25 Mac 2017 (Selasa hingga Sabtu)
  • Jadual Program Pameran LIMA : Klik Aturcara LIMA 2017
  • Jangkaan Pempamer : 550 syarikat dari 38 negara

Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pameran LIMA 2017 sambil bercuti. Moga pameran tahun ini lebih meriah dan menghiburkan.

0 comment... add one now