Tiada Lagi Kertas 3 Sains SPM Bermula 2015

Tiada Lagi Kertas 3 Sains SPM Bermula 2015. Komponen praktikal dalam sains akan diperkenalkan semula untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, satu langkah yang dibuat selaras dengan pembatalan Kertas 3 (ujian bertulis) untuk subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.

Langkah itu kali pertama telah dicadangkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 sebagai sebahagian daripada pembaharuan untuk mengukuhkan kualiti pendidikan Sains di sekolah-sekolah.

Sekolah-sekolah, secara rasmi telah diberitahu tentang perubahan ini melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Jun lalu.

Pekeliling tersebut ditandatangani oleh pengarah pada ketika itu, Dr Na'imah Ishak, yang berkata langkah itu bagi 'memastikan semua pelajar aliran sains menguasai kemahiran proses sains'.

Semakan Keputusan SPM 2014 di SINI


Di bawah langkah ini, pelajar perlu menjalankan eksperimen secara individu berdasarkan arahan yang diberi, dan markah mereka akan dikurangkan jika pengawas cuba untuk membantu mereka.
Tiada Lagi Kertas 3 Sains SPM Bermula 2015
Ujian sains praktikal telah dijalankan untuk SPM sehingga 1999, apabila ia telah digantikan dengan ujian bertulis dan Penilaian Kerja Amali Sains (Peka).

Walaupun pelajar diberi markah untuk Peka dari Tingkatan Empat, markah tersebut tidak diambil kira dalam gred SPM mereka.

Selain itu, walaupun Peka tidak lagi akan dijalankan bagi empat mata pelajaran tersebut, pekeliling mengingatkan sekolah-sekolah untuk 'memastikan bahawa kerja amali untuk Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan dijalankan mengikut sukatan pelajaran'.

Seorang guru kanan Kimia dari Lembah Klang mengalu-alukan perubahan itu dengan berkata pelajar memerlukan peperiksaan untuk memberi motivasi kepada mereka.

"Malangnya apabila berlaku situasi ini ramai pelajar dan ibu bapa, dan juga sebahagian guru mempunyai pemikiran bahawa jika sesuatu itu tidak mempunyai kaitan dengan keputusan SPM, maka tidak ada keperluan untuk mengambil perhatian serius terhadapnya."

Sementara itu, seorang pembantu makmal di sebuah sekolah menengah di Johor memberi gambaran bahawa sesetengah sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar, masih tidak mempunyai makmal yang lengkap.

"Kementerian, pada tahun sebelum ini telah meminta sekolah-sekolah memaklumkan tentang status makmal sains mereka, sama ada ia mempunyai peralatan cukup.

"Mereka perlu memastikan bahawa semua sekolah mempunyai kemudahan yang mencukupi sebelum melaksanakannya," katanya.

Satu kajian oleh Lembaga Peperiksaan pada tahun 2013 menunjukkan hampir 30 peratus daripada sekolah mempunyai makmal yang kurang sempurna dari segi kelengkapan, dengan enam peratus tidak mempunyai makmal yang sempurna.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (PAGE) Datin Noor Malaysia Azimah Abdul Rahim memuji langkah itu - mStar online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now