Toyota Vios Baru 2015 Harga Dan Spesifikasi

Toyota Vios Baru 2015 FaceliftToyota Vios Baru 2015 Harga Dan Spesifikasi. Toyota Vios adalah merupakan antara kereta sedan yang paling laku di pasaran Malaysia. Berikut disenaraikan tambah baik yang telah UMW Toyota berikan kepada model *Vios untuk ‘facelift’ tahun 2015#.

Toyota Vios Baru 2015 Harga Dan Spesifikasi

Vios 1.5E dan 1.5J sekarang datang dengan sistem Push Start dan Smart Entry. 1.5E juga diberikan scuff plate; komponen ini melindungi bahagian lantai ruang bukaan pintu daripada calar.

Toyota Vios Baru 2015 Facelift
Sepertimana untuk 1.5 TRD Sportivo, kemasan dalaman Vios 1.5G berwarna hitam; tambahan lagi semua kerusi dibalut kulit. Bahagian footwell pemandu (di mana pedal berada) diterangkan dengan warna-warna lampu berbeza: oren untuk TRD Sportivo dan biru untuk Vios 1.5G.

Bahagian dalam juga mendapat naik taraf, termasuk kerusi varian TRD yang memberikan lebih sokongan kepada sisi.
Toyota Vios Baru 2015 Facelift

Filem solar dan sekuriti untuk cermin – yang menepati piawaian JPJ dan mempunyai waranti 7 tahun – yang dipasang standard untuk 1.5 TRD Sportivo dan 1.5G masih boleh dipasang pada 1.5E dan 1.5J sebagai aksesori pilihan. Sebuah pam tayar mudah alih juga disertakan sekali dengan standard di dalam semua varian.

Aerokit dengan 5 bahagian termasuk lampu DRL adalah salah satu lagi penambahan yang boleh diberikan kepada Vios facelift ini.


Sepertimana komponen multimedia yang diberikan kepada *Hilux tahun 2015# juga, unit hiburan boleh dipilah antara sistem DVD-AVN ataupun DVD-AVX. Bezanya untuk AVN adalah skrin sentuh 7 inci lebih besar, ketersambungan dengan telefon pintar dan juga voice recognition. DVD-AVX pula menggunakan skrin sentuh 6.1 inci; kedua-dua pilihan disertakan dengan kamera undur.
Toyota Vios Baru 2015 Facelift

PIlihan warna untuk Vios 2015 adalah putih, perak metalik, perak medium metalik, hitam, dan cokelat quartz metalik.

Setiap pembelian datang dengan waranti UMWT untuk 3 tahun/100,000km.

Harga untuk varian-varian Vios Baru 2015 ini adalah seperti berikut:

Vios 1.5J (manual)RM74,700
Vios 1.5J (auto)RM78,800
Vios 1.5ERM84,300
Vios 1.5GRM89,800
Vios 1.5 TRD SportivoRM94,800



 



Read more at:Drebar AstroAwani 

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now