TTA Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2016

TTA Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2016. Anda merancang bercuti dan bakal menggunakan Lebuhraya PLUS atau Lebuhraya Utara-Selatan? Cuti panjang Tahun Baru Cina 2016 (CNY) makin hampir dan PLUS menjangkakan Lebuhraya Utara-Selatan akan mengalami peningkatan trafik sebanyak 20 peratus  kepada 1.6 juta kenderaan sehari pada Hari-Hari Puncak iaitu 5 hingga 14 Februari 2016. 
 
Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, PLUS telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan yang membolehkan orang ramai merancang perjalanan mereka pada musim perayaan ini samada melawat saudara mara atau bercuti balik kampung. PLUS juga akan turut memberikan rebat tol sebanyak 30 peratus kepada orang ramai yang mematuhi TTA bagi perjalanan jarak jauh bersempena cuti Perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.

TTA yang dikeluarkan oleh PLUS merangkumi jadual perjalanan di antara Lembah Klang ke bandar-bandar utama termasuk perjalanan antara bandar di utara dan selatan tanah air. Berdasarkan kajian PLUS, kadar pematuhan yang tinggi terhadap TTA sebelum ini berjaya membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa di lebuh raya pada musim-musim perayaan yang lalu.

TTA Jadual Perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2016

Berikut adalah panduan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS HIGHWAY) sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina 2016.

1) Perjalanan dari Lembah Kelang Ke Bandar-bandar utama pada 5 hingga 14 Februari 2016.

Cadangan Waktu Memasuki Lebuh Raya
a) Antara 6 hingga 8 pagi
  • Kangar, Alor Setar, Johor Bahru & Kota Tinggi
b) Antara 8 - 11 pagi
  • Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat & Muar
c) Antara 11 pagi hingga 2 petang
  • Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin & Bandaraya Melaka
d) Antara 2 hingga 6 petang
  • Ipoh & Alor Gajah
e) Selepas 6 petang
  • Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Kuala Pilah, Port Dickson & Seremban
* Perjalanan sebelum 6 pagi dan selepas 12 tengah malam : BEBAS
TTA PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2016

2) Perjalanan dari Bandar-Bandar Utama ke Lembah Kelang pada 5 hingga 14 Februari 2016.

Cadangan Waktu Memasuki Lebuh Raya
a) Antara 6 hingga 8 pagi
  • Kangar, Alor Setar, Johor Bahru & Kota Tinggi
b) Antara 10 pagi - 2 petang
  • Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Ipoh, Batu Pahat, Segamat, Muar & Alor Gajah
c) Antara 6 petang hingga 12 tengah malam
  • Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin & Bandaraya Melaka
  • Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Kuala Pilah, Port Dickson & Seremban
* Perjalanan sebelum 6 pagi dan selepas 12 tengah malam : BEBAS

jadual perjalanan PLUS Cuti Tahun Baru Cina 2016

Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
Sumber : PLUS
 

0 comment... add one now