Tweet Memilukan Wartawan Jepun Yang Dipancung IS Jadi Viral

tweet kenji goto

Tweet Memilukan Wartawan Jepun Yang Dipancung IS Jadi Viral. Satu tweet yang memilukan oleh wartawan Jepun yang dibunuh, Kenji Goto sedang menjadi viral di media sosial hari ini, beberapa hari selepas dia dipancung oleh kumpulan militan Islam. 
"Tutup mata anda dan bersabar. Ia sudah berakhir jika anda marah atau menjerit. Ia seakan-akan seperti berdoa. Membenci bukan sifat manusia, penghakiman adalah kerja Tuhan," demikian twit Goto, empat tahun lalu.

"Kawan saya orang Arab yang mengajar saya tentang perkara ini," katanya dalam twit yang dimuat naik dalam bahasa Jepun pada 7 September 2010.

Pada pagi ini, mesej berkenaan ditweet semula lebih 25,000 kali dalam bahasa Jepun, dengan versi Bahasa Inggeris juga tersebar dengan begitu meluas.

Pembunuhan kejam Goto oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) mencetuskan perasaan emosi di Jepun, sebuah negara yang sebelum ini menganggap tidak mahu campur tangan dalam isu keganasan antara negara Barat terhadap kumpulan militan.

Pembunuhan Goto diumumkan menerusi satu rakaman yang dimuat naik pada Sabtu oleh militan IS dan seminggu selepas rakannya, Haruna Yukawa dipenggal. - AFP

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now