Gol Bicycle Kick Dari Safee Sali Lawan East Bengal AFC Cup

Video Gol Bicycle Kick Safee Sali Lawan East Bengal AFC Cup 24-2-2015. Safee Sali membuktikan yang beliau masih berbisa apabila menjaringkan gol ke 4 JDT dalam perlawanan pertama AFC Cup 2015 bertemu wakil India, East Bengal sebentar tadi. JDT menang dengan score 4-1 dengan kedudukan HT JDT mendahului 2-1. Dalam satu lagi perlawanan di kumpulan sama, pasukan dari Hong Kong, Kitchee menewaskan wakil Singapura,  Balestier Khalsa3-0.

Video Gol Bicycle Kick Safee Sali boleh anda tonton di bawah ini

Persembahan pemain JDT malam ini sangat baik walaupun hanya menurunkan seorang pemain import, Hariss Harun dalam kesebelasan utama. Safee Sali menjadi penyerang tunggal semasa perlawanan.

Gol Safee Sali pada minit ke 53 membuktikan sentuhan dan skill beliau masih belum hilang walaupun Safee jarang-jarang diturunkan oleh JDT. Safee menjaringkan gol cantik dengan membuat sepakan gunting bicycle kick yang menewaskan penjaga Gol East Bengal FC.
Gol Bicycle Kick Dari Safee Sali
* grafik kredit FB Johor Southern Tigers
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now