Kelantan Vs Lions XII 15-2-2015

Kelantan Vs Lions XII 15-2-2015. Kelantan kini menerajui Liga Super Malaysia 2015 selepas mencatakan kemenangan kedua berturut-turut dengan kemenangan ke atas Lions XII 2-0, sebentar tadi.

Beraksi di depan ribuan penyokong sendiri di Sultan Mohammad IV Stadium, Kelantan di depan seawal minit ke-6 permainan menerusi jaringan pemain import, Jonathan McKain.

Dua minit sebelum babak pertama tamat, kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi menampilkan kepakarannya mengambil sepakan percuma dengan rembatannya dari luar kotak penalti berjaya menerjah gawang Lions XII.

Video Gol Kelantan Vs Lions XII 15-2-2015



Kelantan kini berkongsi kedudukan teratas Liga Super bersama Perak selepas mengutip enam mata penuh.

Perlawanan Liga Super Kelantan menentang Lions XII, malam ini ditangguhkan sehari bagi memberi penghormatan kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Khamis.

0 comment... add one now